Oki Setiana Dewi tolak tawaran lumayan jenama dikaitkan Isr4el

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan pendakwah dari Indonesia, Oki Setiana Dewi memilih untuk menolak beberapa tawaran kerjasama bernilai tinggi daripada syarikat dan produk yang dikaitkan dengan sokongan terhadap Isr4el sebagai tanda solidariti kepada rakyat P4lestin.

Menurut Oki, 36, keputusan itu dibuat atas kesedaran peribadi tanpa sebarang paksaan, meskipun dia sendiri mempunyai komitmen kewangan sebagai ibu.

“Banyak tawaran kerja yang terpaksa saya tolak walaupun bayarannya sangat lumayan. 

"Sebagai manusia, tentu saya perlukan wang untuk keperluan hidup dan pendidikan anak-anak tapi saya tidak sanggup menipu diri sendiri. Dalam hati, saya ingin menyokong G4z4, jadi saya lakukan apa yang termampu,” katanya.

Oki turut mengakui tawaran tersebut datang daripada jenama antarabangsa termasuk yang berada dalam senarai boikot, walaupun pihak terbabit sedar pendiriannya yang jelas menyokong perjuangan P4lestin.

“Mereka tahu saya menyokong G4z4, tapi masih menawarkan projek dengan bayaran besar. Mungkin kerana mereka melihat saya sebagai figura Muslimah dan menganggap itu satu kelebihan jika saya menerima tawaran tersebut.

“Saya hanya mampu berkata, ‘maaf, saya tidak boleh’,” ujarnya ketika ditemui pada tayangan filem Hayya 3: Gaza di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Oki bersama pelakon Hayya 3: Gaza iaitu Asma Shahab sebagai Hayya dan Adhin Abdul Hakim (Adhin).
Oki bersama pelakon Hayya 3: Gaza iaitu Asma Shahab sebagai Hayya dan Adhin Abdul Hakim (Adhin).

Menurutnya, pengalaman menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir membuatkan dia lebih dekat dengan isu P4lestin, sekali gus menambah kefahaman terhadap penderitaan yang ditanggung rakyat G4z4 sejak sekian lama.

Dalam masa sama, Oki berkata beberapa rakan artis di Indonesia turut berdepan situasi sama sehingga kehilangan peluang kerja akibat pendirian mereka menyokong P4lestin.

“Kebanyakan tawaran datang daripada produk yang termasuk dalam senarai boikot. Ramai artis lain juga terkesan dan kehilangan pekerjaan kerana pendirian mereka,” katanya.

Oki kini turut membintangi Hayya 3: Gaza, filem arahan Jastis Arimba terbitan Warna Pictures dan 786 Productions, yang menampilkan barisan pelakon seperti Amna Shahab, Azamy Shauqi, Cut Syifa dan Adhin Abdul Halim.

Filem itu ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula semalam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang