Orang Kampung pilih Fattah Amin, ini sebab kenapa dia ‘berbaloi’

BILA selebriti terkenal macam Fattah Amin diumumkan sebagai duta minuman tenaga Orang Kampung (OK), ada segelintir yang membuat andaian: “Mesti bayaran juta-juta!”
Tatkala persoalan tersebut diajukan, tegas Fattah, soal duit bukan untuk dijadikan bualan ramai.
Selesa dengan prinsip ‘kerja diam-diam, hasil biar berbunyi’, aktor berusia 35 tahun itu lebih selesa serahkan urusan kewangan kepada pengurus dan fokus kepada kualiti kerja.

“No komen… sebab biasanya pengurus saya yang akan urus dengan klien. Tugas saya pastikan kerja yang diberi, saya buat dengan baik dan ikut harga yang telah ditetapkan,” jelas Fattah dengan nada tenang.
Katanya lagi, tidak semua tawaran yang datang berstatus ‘duta tetap’. Ada juga kolaborasi berbentuk projek sementara, bergantung kepada tempoh yang dipersetujui seperti tiga bulan, enam bulan atau setahun.
Menurut pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin, urusan berkaitan pembayaran biasanya dikendalikan oleh pengurus dan beliau hanya memberi fokus kepada tanggungjawab serta komitmen terhadap projek yang dipersetujui.
Katanya, setiap tawaran yang diterima akan dilaksanakan sebaik mungkin mengikut kadar harga yang sesuai, dan bagi isu sensitif seperti soal bayaran, lebih baik jika tidak dikomen secara terbuka.
Dalam masa sama, pihak OK Group turut tampil memberikan kenyataan mengenai pemilihan Fattah sebagai wajah rasmi jenama mereka.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan OK, Datuk Habibul Ajmi Datuk Haji Manggar, pelantikan Fattah adalah satu langkah strategik dan pelaburan yang berbaloi, selari dengan imej bersih dan peribadi profesional yang dibawa oleh pelakon itu sejak awal penglibatannya dalam industri seni.
Beliau menjelaskan bahawa Fattah memiliki reputasi yang sangat baik, mudah didekati dan senang diajak berbincang, menjadikan urusan antara dua pihak berjalan dengan lancar.
Walaupun tidak mendedahkan nilai sebenar bayaran, beliau menyifatkan jumlah yang dibelanjakan adalah munasabah dan setimpal dengan kredibiliti serta pengaruh yang dibawa oleh Fattah.
Pelantikan Fattah juga dikaitkan dengan usaha syarikat untuk memperkukuh jenama OK dalam pasaran yang lebih luas, termasuk antarabangsa.
OK Group yakin bahawa Fattah dapat menarik minat pelbagai segmen pengguna, khususnya golongan wanita yang diketahui cenderung membuat pembelian produk kesihatan dan gaya hidup secara konsisten.
Sebagai simbolik kepada permulaan kolaborasi ini, OK Group turut memperkenalkan varian baharu khas untuk wanita iaitu KF Limited Edition.

Produk edisi khas ini menampilkan reka bentuk pembungkusan eksklusif dan hanya boleh didapati di lokasi terpilih seperti PETRONAS Mesra, Mydin dan platform e-dagang utama. KF dirumus khas untuk wanita yang ingin mengekalkan tenaga dan kesegaran secara semula jadi.
Selain KF, OK Group turut menawarkan dua lagi varian utama iaitu Longjack dan Longjack X.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang