Pelakon filem box office jual nasi berlauk RM5, netizen puji usaha gigih Toq cari rezeki halal. 'Insya-ALLAH, ALLAH bagi sedap'

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS Nina Fazurina dan Faye Kusairi tampil berniaga di tepi jalan tanpa rasa malu, kini giliran pelakon Taiyuddin Bakar atau Toq pula mencuri tumpuan dengan langkah serupa.

Menerusi sebuah video tular di laman sosial TikTok, pelakon yang popular dengan filem Hantu Bonceng dan Apa Celop Toqq... itu menjual pelbagai jenis nasi berlauk di kawasan Seri Kembangan, Selangor.

"Kalau kalian hendak beli, boleh beli dengan abang Taiyuddin. Dekat sebelah restoran makanan, klinik pergigian dan pasar raya.

No Image Caption

"RM5 sebungkus, Hari ini ada menu ayam cendawan, kupang cili hijau, bilis petai dan ayam berlado. Semua ini sedap. Jom support perniagaan pelakon Taiyuddin (Apa Celop Toq)," tuturnya.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 41 tahun itu turut merendah diri bahawa semuanya dengan izin ALLAH.

"Insya-ALLAH, ALLAH bagi sedap," tutur Toq yang juga vokalis kumpulan Uncure.

Jelasnya, lokasi perniagaan lazimnya akan berubah dan pelanggan disarankan mengikuti siaran langsung TikTok untuk mengetahui lokasi terkini.

Artikel berkaitan:

 

No Image Caption

Warga maya memberikan sokongan buat Toq dan memuji kegigihannya mencari rezeki yang halal.

"Janji rezeki halal. Alhamdulillah," kongsi SyedNur.

"Jauh berubah Toq, dari jalanan ke kerja halal," titip Onlymatlip.

"Ini masakan mak-mak di rumah. Secukup rasa, jom support," tulis Akkcyanteqq.

No Image Caption

Toq yang menyertai jemaah tabligh terdahulu pernah merangkul anugerah Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia ke-24 menerusi lakonannya dalam filem Hantu Bonceng.

Beliau terdahulu berkahwin dengan anak ketiga pelakon terkenal, Allahyarham Datuk Zulkifli Zain iaitu Norzila Zulkifli pada tahun 2014 di Madinah. 

Rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki bernama Ahmad Ansari selepas sembilan tahun menunggu.

Sumber: Facebook, TikTok

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang