PU Riz kekal cara lama simpan gambar anak dalam dompet, 'tenang benar melihat wajah ini'
BUKAN sesuatu yang pelik seseorang itu meletakkan gambar kesayangan mereka di dalam dompet. Ia dianggap sebagai simbolik menyimpan gambar ahli keluarga yang kononnya ke mana sahaja kita pergi, itulah yang akan menemani kita bagi mengganti diri.
Turut melakukan perkara yang sama, pendakwah bebas, PU Riz menerusi laman Instagramnya baru-baru ini berkongsi foto dalam dompet kepunyaannya yang menyimpan gambar kedua-dua orang anak lelaki beliau.
“Dah masuk 2024 masih lagi simpan gambar dalam dompet? Pepatah ada menyebut 'old is gold' antara interpertasi yang boleh diambil adalah cara lama adalah cara yang unggul,” tulisnya.
Dalam pada itu, suami kepada Neelofa ini turut menjelaskan bahawa memiliki anak juga bahagia dan tidak seperti yang difikirkan oleh sebelum ini.
“Kita kalau kusut atau dukacita menyelubungi, sudah tentulah tatapan pada ayat suci cinta ALLAH yang dicari Dahulu. Setelah itu, kalau perasan banyak yang ALLAH suruh jaga kebiasaannya benar benar memberi kesan pada diri kita manusia. Contohnya jaga keluarga.
“Dulu pernah viral mengenai kaedah child-free marriage (kahwin tanpa ingin anak), tapi kalau difikirkan betul betul, bahagia sebenarnya ada anak,” jelasnya.
Tambahnya lagi, sebelum berkahwin sememangnya akan melihat ahli keluarga atau kawan-kawan yang bersusah payah menjaga anak kerana perlu menukar lampin, bangun lewat malam dan lain-lain.
Namun, apabila dipandang di sudut positif itu merupakan salah satu kebahagian yang tidak dapat digambarkan.
“Sewaktu belasan tahun dulu , kita tengok kakak kita atau kawan-kawan yang melangsungkan ikatan perkahwinan, sedikit takut bila dah ada anak.
"Tetapi sebenarnya hati kecil kita akan kata tenang benar melihat wajah ini dan satu sudut perasaan yang dahulunya takut bertukar menjadi indah serta merta.
“Akhir ungkapan, satu sisi kebahagiaan yang mungkin pada usia 30-an 40-an disangka malap pasti terang-benderang kembali. Kalau anak kita yang tiga atau empat tahun suruh kita jadi kuda terus duduk jadi kuda lah kita.
“Buatlah sesuatu yang boleh meningkatkan sifat kedewasaan kita untuk ALLAH. Pasti diri ini akan lebih menyelami apa yang tidak kita rasai suatu ketika dahulu,” katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang