Puteri Sarah bangga Syaikhul raih keputusan cemerlang, Pendidikan Islam markah penuh 100 peratus!

No Image Caption
A
A
A

"I am a proud mama!"

Demikian titip pelakon Puteri Sarah Liyana selepas menghadiri sesi ibu bapa dan guru serta menerima kad laporan putera sulung, Syaikhul Islam.

Prihatin dengan perkembangan akademik dan penguasaan Syaikhul, 7, ibu berusia 38 tahun itu sempat berkongsi pencapaian anaknya itu.

Dalam kad laporan berkenaan, Syaikhul meraih gred A dalam kesemua mata pelajaran dan yang lebih membanggakan, si kecil itu memperolehi markah penuh 100 peratus bagi subjek Pendidikan Islam.

"English dapat 96 markah, Bahasa Melayu 84, Pendidikan Islam 100, Matematik 88, Sains 88, Pendidikan Jasmani 95.

"Hasil report card ni very good," kongsi dua beranak itu di TikTok.

No Image Caption

Pun begitu, pelakon yang memegang watak Inspektor Sarah dalam drama Polis Peronda itu meletakkan sasaran markah 90 ke atas untuk Syaikhul.

“Nanti mama nak jumpa cikgu Science Technology Engineering Math (STEM), tapi secara keseluruhannya awak sangat bagus,” ujarnya

Tidak hanya pelajaran, Puteri Sarah juga mahu anaknya seimbang antara akademi, pembangunan karakter dan ko-kurikulum.

“Awak kena belajar bersungguh-sungguh sekali dengan football pun bagus juga okay. Kena jadi anak yang baik, soleh dan dengar cakap mama,” kata Sarah yang turut menerima ciuman daripada Syaikhul.

No Image Caption

Turut berbangga dengan pencapaian Syaikhul, warga maya mengucapkan tahniah dan menjadikan cara didikan Puteri Sarah sebagai inspirasi.

"Nama pun Syaikhul Islam, Pendidikan Islam pun markah seratus. Wahh!"

"Bagus Syaikhul. Tahniah."

"Alhamdulillah tahniah Syaikhul, semoga menjadi anak yang Soleh dan menggembirakan mama. Tahniah."

"Straight A, tahniah Syaikhul dan mama."

Sekadar info, selain Syaikhul, Puteri Sarah juga memiliki seorang anak perempuan bernama Sumayyah yang kini berusia lima tahun.

Kedua-duanya adalah hasil perkongsian hidupnya dengan bekas suami, pengarah Syamsul Yusof.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang