Romantiknya Wan Emir, ucapan buat Mira Filzah sempena anniversary bikin hati cair. 'Dalam senyummu ku temui ketenangan'
SUAMI kepada pelakon dan personaliti popular Mira Filzah, Wan Emir Astar Mohammad Khairil Anuar, menitipkan ucapan romantis sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
Dalam satu hantaran di media sosial, Wan Emir mengenang kembali perjalanan rumah tangga bersama Mira yang disifatkannya sebagai dipenuhi doa, tawa serta dugaan yang mematangkan mereka sebagai suami isteri.
"Lima tahun sudah, kekasihku @mfmirafilzah. Lima tahun penuh tawa, doa dan cerita.Dari detik pertama kau hadir di jiwa, saat dilafazkan akad untuk menjagamu, hingga ke hari ini, setiap hela nafas perjalanan kita adalah anugerah yang tak ternilai.

"Nur Amirah, kau bukan sekadar isteri… kau adalah sahabatku yang paling setia, peneman dalam setiap langkah, dan reda serta takdir-NYA menjadikan kita saling melengkapi.
"Bersamamu, belajar dan mengenal makna syukur, mengamati erti pengorbanan. Dalam setiap senyummu, aku temui ketenangan. Dalam setiap tangismu, ku temui bahgia dan kekuatan," titipnya.
Pada masa sama, arkitek berusia 35 tahun itu meluahkan rasa syukur dan penghargaan yang sangat mendalam dan merasakan setiap hari yang dilalui adalah nikmat kurniaan ALLAH.

"Setiap hari bersamamu adalah nikmat anugerah dari-NYA. Dari awal hari kita mula dengan doa dan di malam hari kita akhiri dengan syukur; dahi di tempat sujud, kau menjadikan hidup ini lebih indah sebagai isteri solehah.
"Denganmu, cinta bukan sekadar kata-kata, tetapi sebuah perjalanan suka dan duka. Ujian dan rahmat, semuanya menjadikan kita lebih kuat bersama merentasi alam kehidupan dunia, demi cinta kerana ALLAH," kongsinya.
Anak kedua bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid itu meluahkan harapan agar mereka terus berusaha mengejar impian bersama, bukan sekadar untuk dunia, tetapi sebagai bekalan menuju akhirat.
"Hari ini kita sambut lima tahun, syukur Alhamdulillah, tetapi kita berdua tahu. Perjalanan kita baru bermula. Insya-ALLAH masih banyak lagi yang menanti. Impian yang kita kejar, doa yang ingin kita makbulkan, dan memori yang akan kita ukir bersama, membina bekal untuk ke negeri abadi.
"Semoga ALLAHsentiasa memelihara kasih sayang, melindungi keluarga kita dan memberkati setiap langkah kita bersama.
"Selamat ulang tahun perkahwinan yang kelima, Nur Amirah Filzah, kekasihku di dunia, permaisuri bidadariku di akhirat," titipnya.
Untuk makluman, Mira dan Wan Emir telah mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir yang kini berusia tiga tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
