'Sakit atau sihat milik ALLAH. 'Hafiz Suip reda disahkan ada batu karang dalam buah pinggang
PENYANYIHafiz Suip mendedahkan telah disahkan mengalami masalah batu karang dalam buah pinggang.
Berkongsi tentang komplikasi berkenaan di Instagram, Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, turut berkongsi salinan X-ray buah pinggang sebelah kanan.
Hantaran laman sosial penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak turut dimuat naik video memaparkan beliau menerima suntikan.
"Sakit atau sihat milik ALLAH.
"Alhamdulillah, mendapat tahu ada batu karang dalam buah pinggang.
"Terima kasih kepada Hospital Selesa Pacific atas layanan yang hebat," kongsi Hafiz.

Artikel berkaitan:
- 3 tip cegah batu karang, rawatlah sebelum melarat
- Sudah tidak sebumbung, Hafiz Suip, isteri dalam proses cerai. 'Kalau memang tiada persefahaman, saya akan lepas cara baik'
Hafiz bagaimanapun tidak berkongsi lanjut tentang rawatan yang dilalui di pusat perubatan berkenaan.
Sekadar info, kaum lelaki lebih ramai mengalami masalah batu karang pada buah pinggang berbanding wanita.
Jika keadaan ini tidak di rawat dengan baik, ia boleh menyebabkan kerosakan kekal buah pinggang.

Antara simptom yang dialami penghidapnya dan jenis rawatan:
1-Individu mengalami masalah ini lazimnya berasa sakit yang teruk pada bahagian pinggang hingga ke ari-ari. Ia akan datang dan hilang secara berulang-ulang.
2-Air kencing menjadi keruh, berdarah dan berbau kuat.
3-Warna air kencing boleh juga menjadi keperangan atau merah jambu akibat kandungan darah di dalamnya.
4-Rasa hendak buang air kecil yang kerap, tetapi tidak mengeluarkan banyak air kencing.
5-Rasa loya, perut memulas dan muntah-muntah terutama semasa sakit yang teruk.

6-Rasa seperti hendak demam dan menggigil.
7-Pengambilan suplemen magnesium citrate sekurang-kurangnya dengan dos 300 hingga 400 miligram sehari adalah disarankan.
8-Pembentukan batu karang boleh terjadi daripada kencing yang terlalu pekat disebabkan oleh kurangnya minum air. Anda disarankan minum air antara lapan hingga 12 gelas sehari.
9-Minuman jus asli yang diekstrak tumbuh-tumbuhan seperti lemon, limau, jus delima, saderi dan selasih boleh diambil kerana ia dapat mengelakkan pembentukan batu karang.
10-Sementara itu, minyak ikan yang kaya lemak omega-3 yang boleh mencegah batu karang. Ia membantu dalam bertindak meminimumkan perkumuhan kalsium melalui buah pinggang dan juga meningkatkan kandungan sitrat dalam air kencing.
Sumber:Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
