'Saya ingin mengembalikan memori itu.' Air mata Fauziah Latiff gugur, kembali dengan konsert solo selepas empat dekad
SABAN tahun menerima tawaran mengadakan konsert solo, penyanyi Fauziah Latiff akhirnya melangkah berani untuk muncul dalam 4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert 9 Mei ini.
Pemilik nama Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff menyifatkan ia sebagai satu tanggungjawab besar dan menghargai semua termasuk peminat, pengkarya dan orang belakang tabir.
Penyanyi berusia 56 tahun itu menitiskan air mata pada sidang media menzahirkan rasa terharu.
"Tiada yang tidak baik, saya menghargainya. Saya takut kerana ini adalah tanggungjawab bukan sahaja kepada audiens malah termasuk pemuzik dan komposer.

"Ia adalah penghargaan kepada semua termasuk semua asas seni, penerbitan, orang belakang tabir dan individu yang bertungkus-lumus serta karya
"Dari album pertama saya tidak berpeluang untuk membuat penghargaan ini, oleh itu 4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert buat saya 'terasa' untuk menghargai. Ini adalah untuk meraikan mereka.
"Kita mahu semua enjoy the moment together dan imbas kembali ketika masih muda, lagu-lagu yang pernah didengar dahulu.
"Saya ingin mengembalikan memori itu. Jadi konsert ini adalah untuk meraikan semula momen-momen itu," kongsinya.

Ditemui di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Fauziah mengakui 'dilamar' Ideatelier dan bersetuju kerana kesungguhan Ezuwan Ismail dan pasukannya.
"Semua ni dengan izin ALLAH. Beberapa bulan lepas kami bertemu selepas sekian lama tak jumpa.
"Selepas dia menyebut tentang konsert, saya memang terkedu. Kemudian dia tunjukkan sudah buat susun atur semua.

"Prinsip penting saya dalam bekerja ialah etika dan kesungguhan. Apabila melihat betapa bersungguh-sungguh team Ezuwuan bekerja, saya sangat kagum dan respect.
"Keseluruhan pasukan cepat, semuanya sudah standby dan sedia," kongsinya.
Sekadar info, Fauziah cukup popular pada era 1980-an dan 1990-an. Diberi jolokan Ratu Lagu Cinta, ibu kepada dua cahaya mata itu memiliki himpunan karya berupa 11 album studio dan 14 album kompilasi.
Antara lagu popularnya ialah Gubahan Rindu Puisi Syahdu, Enggan, Tua Mengejar Kita, Batas Menanti, Dia dan Setia Ku Korbankan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
