‘Saya sebenarnya takut jadi ibu...’ — Alyah dedah Ustazah Asni insan terawal tahu tentang Izzara, jadi guru & tempat rujukan

No Image Caption
A
A
A

SETIAP wanita ada cerita tersendiri tentang bagaimana mereka dipertemukan dengan gelaran ‘ibu’. 

Ada yang melalui jalan yang panjang, ada yang menunggu dalam doa, dan ada juga yang dipilih oleh takdir dengan cara yang begitu halus namun sangat menyentuh hati. 

Begitulah kisah Datin Alyah, perjalanan yang tidak diumumkan oleh dunia, tetapi sangat dirasai oleh jiwanya.

Hanya seorang insan yang tahu rahsia awal itu. Insan tersebut ialah Ustazah Asni Mansor. 

“Bermulanya saat di mana hanya ustazah sahaja yang tahu akan hadirnya Izzara dalam hidup saya ketika itu,” ujar Datin Alyah, mengimbau detik yang mengubah hidupnya.

No Image Caption

Menjadi ibu

Dalam tempoh penuh debar itu, ustazah bukan sekadar guru. Beliau menjadi tempat rujukan, sekolah kehidupan, dan insan yang menenangkan segala persoalan tentang keibuan. 

“Beliau tempat untuk saya bertanyakan banyak soalan serta rasa takut saya untuk menjadi ibu dalam zaman yang sangat pesat sekarang ini,” katanya.

Persoalan tentang mampu atau tidak, layak atau tidak, semuanya bermain di hati. 

No Image Caption

Namun ada satu nasihat Ustazah Asni yang melekat kukuh. 

"ALLAH Maha Kasih lagi Maha Penyayang. 

"Jika kita menjaga hubungan dengan-NYA, insya-ALLAH, DIA akan memegang kita kuat dalam setiap langkah," kongsi isteri kepada Datuk Ramli MS itu lagi.

Coretan pemilik nama sebenar, Noor Hasliah Abu Hasan itu turut terselit titipan doa buat semua ibu di luar sana, agar setiap wanita yang memikul amanah ini sentiasa diberikan kekuatan dan keredaan ALLAH SWT. 

No Image Caption

“Semoga ALLAH SWT juga melindungi anak-anak kita daripada segala kemudaratan dan kecelaruan dalam mengharungi kehidupan era yang pesat dan mencabar.

"Buat Ustazah Asni, terima kasih banyak. Hanya ALLAH SWT saja yang mampu membalas segala kebaikan ustazah," ungkap pelantun lagu Kisah Hati itu lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang