'Saya tackle Erra guna putu mayam'- 6 jam 'bergayut', pendedahan Mr E & Erra Fazira bikin terhibur, syukur keluarga restu!

No Image Caption
A
A
A

SIAPA sangka, pelakon dan penyanyi legenda Erra Fazira berkenalan dengan bakal suaminya, Ezwan Zain atau Mr. E, melalui cara yang cukup santai tetapi penuh warna-warni. 

Kisah mereka bermula dari persahabatan, bukan cinta pandang pertama, namun penuh gelak tawa dan momen lucu yang menghiburkan.

“Seperti yang semua sedia maklum lah. Kita berdua ni berkawan. Kita berkawan berdua kan? 

"Insya- ALLAH daripada kawan kita melangkah lagi satu langkah,” ujar Erra sambil tersenyum.

Perkenalan mereka berlaku ketika Erra menjadi announcer undangan di radio Sinar FM pada 2022. “Faliq kata, ‘Lepas ni kak, saya nak kenalkan akak dengan seseorang. 

"Dia ni sama dengan akak, sebijik kak.’ Waktu tu saya cuma fikir, ‘Okay, kenalkan…’ Tapi Tuhan dah jentikkan hati kita,” kenang Erra.

Detik pertemuan pertama itu juga manis dengan unsur kelucuan. Mr. E yang hadir ketika itu disangka pekerja oleh Erra, kerana kesederhanaannya dan cara lelaki itu melayan staf lain.

Kata kunci minggu ini:Putu Mayam

klik link dibawah untuk menyertai kempen Scroll Rezeki, SinarPlus https://sinarplus.sinarharian.com.my/kata-kunci

No Image Caption

 "Saya ingat pekerja tu bos awak. Tapi sebenarnya dia humble je duduk tepi, layan saya dengan baik,” cerita Erra sambil tergelak.

Bukan itu sahaja, momen makan-makan kuih juga menjadi kenangan manis. Erra seorang peminat tegar kuih, khususnya putu mayam. 

“Dia makan putu mayam sampai ulang empat kali! 

"Saya tackle Erra Fazira pakai putu mayam ni. Okay gurau.

"Tapi memang betul lah, memang putu mayam kegemaran dia,” kongsi Ezwan lagi sambil disambut tawa oleh Erra.

Dari situlah mereka mula rapat, bukan kerana romansa segera, tetapi pasangan itu berkongsi keseronokan sederhana.

Bagi mereka, keselesaan dan hormat-menghormati menjadi asas hubungan. 

Bukan hanya detik pertemuan pertama yang manis, cara Mr. E mengambil hati sang primadona juga penuh humor. 

“Dia bukan layan saya dengan gatal-gatal. Tapi sebenarnya dia humble, layan saya dengan baik,” tambah Erra. 

No Image Caption

Memang jelas, Mr. E punya cara tersendiri untuk memikat hati wanita terkenal ini.

Selain kisah romantik, mereka juga berkongsi momen lucu berkaitan panggilan dan mesej. 

Erra mendedahkan, bakal imamnya itu seorang yang kuat bercakap di telefon, sedangkan dirinya seorang yang introvert dan jarang bergayut lama.  

“Pertama kali dalam hidup bercakap dalam telefon 6 jam. Apa? Saya macam dia ni bila nak letak telefon. 

"Saya sampai boleh letak telefon dekat tepi dan buat kerja lain. 

"Pertama kali tau bergayut lama macam tu. Tak pernah lagi sebelum ini,” kongsi Erra sambil tertawa.

Turut menjadi perhatian, lelaki itu mendedahkan wanita kesayangannya itu tidak menggunakan aplikasi WhatsApp dan agak sukar untuk mereka berkomunikasi pada awalnya.

“Dia tak ada WhatsApp. Korang pernah terfikir tak macam mana nak berhubung dengan Erra yang tak ada WhatsApp.

“Orang pakai WeChat nak pergi China saja, Erra pakai di Malaysia. 

"Saya mula-mula ingat dia tipu atau guna dua telefon. Jadi awal-awal kami berkomunkasi di Instagram,” katanya.

Perkara tersebut diakui Erra. Katanya, dia pernah menggunakan WhatsApp namun beralih kepada WeChat selepas menerima mesej daripada nombor yang tidak dikenali.

"Saya selesa dengan WeChat. Saya ini 'rare'. Saya ada OCD, jadi saya tak boleh tengok notifikasi yang jumlahnya ratus atau ribu.

"Lagipun saya 'introvert', saya caj tenaga di rumah. Kami banyak berhubung melalui telefon sebab Ezwan pula jenis aktif dan suka keluar," jelas pelantun lagu Cinta Abadi itu lagi. 

Perjalanan mereka juga disulam dengan aktiviti menarik dan penuh cabaran. 

Namun, kebahagian pasangan tersebut lebih bermakna apabila penerimaan anak-anak masing-masing menjadi titik penentu keserasian mereka. 

Lebih manis masing-masing memiliki anak perempuan berumur 16 tahun, diberi ruang untuk mengenali bakal pasangan ibu atau ayah mereka. 

“First thing first is, macam mana kita tengok keserasian anak. 

"Bila anak boleh terima, lega. Baru next fasa jumpa parents. Everything okey, baru mak saya. Saya tak nak kenalkan mak saya macam A, B, C, tapi tak lepas dengan awak,” jelas Erra.

Bagi pasangan ini, keselesaan dan saling menghormati menjadi asas hubungan mereka. 

“Saya rasa selesa dengan awak bila awak menunjukkan kesungguhan awak. 

"Kita lebih cerita pasal kehidupan, apa yang kita percaya dalam hidup,” jelas Erra.

No Image Caption

Bukan sekadar momen santai, pertemuan dengan keluarga juga menjadi langkah penting mereka. Mr. E menekankan kesopanan dan adab.

"Jadi cara awak betul lah tu. Kita pun jumpa, saya jumpa mak awak pun dekat Kuih Kafe. Tapi okey lah, alhamdulillah. 

"Saya rasa lebih selesa kalau kita jumpa dekat luar tempat lain, mungkin segan ada mata memandang. Itu mesti kot, adab sangat penting,” kata Erra lagi. 

Sekadar makluman, mereka baru-baru ini menampilkan platform bernama Kasih Onz untuk berkongsi pengalaman bersama.

Sekadar makluman, Erra mengumumkan bakal bernikah dengan Mr E pada 12 Disember ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang