'Sepatutnya normal, dah 10 cm tetapi..." Ain Edruce selamat melahirkan anak kedua menerusi pembedahan, siap request Beef Wellington

No Image Caption
A
A
A

PENGACARA dan pelakon, Ain Edruce berkongsi telah selamat melahirkan cahaya mata kedua menerusi perkongsian di Instagram Stories (IGs) miliknya.

Pun begitu, pemilik nama Nurulain Edruce, 33, berkata dia terpaksa menjalani pembedahan caesarean selepas melihat kedudukan bayi.

"Alhamdulillah saya dah selamat bersalin. Sepatutnya saya bersalin normal, sudah mencapai 10 sentimeter, tapi baby masih di atas, akhirnya kena pembedahan caesarean," kongsinya.

No Image Caption

Pada masa sama, Ain turut meluahkan rasa kagum terhadap wanita yang memilih untuk menjalani pembedahan ketika bersalin.

"Saya sangat hormati wanita yang buat pembedahan caesarean sakit sangat. Pertama kali nak jalan, memang menangis," ungkap Ain.

No Image Caption



Dalam pada itu, pengacara Borak Bibir Merah itu sempat berkongsi bahawa suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa membelikannya Beef Wellington daripada chef Gordon Ramsay kerana ia adalah satu-satunya makanan yang diinginkan selepas bersalin.

"Untuk makan, satu benda sahaja yang saya minta dekat Amirul iaitu makanan pertama yang saya nak makan adalah Beef Wellington daripada Gordon Ramsay.

"Amirul berjaya belikan untuk saya,"ujarnya lagi.

Untuk rekod, Ain telah sah bergelar isteri kepada suaminya yang merupakan seorang usahawan pada Disember 2019 lalu.

No Image Caption



Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia empat tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang