Shila Amzah diserang gara-gara isu ibu Tiri Nabila? – 'Saya tak kacau keluarga orang, cuma sokong kawan'

No Image Caption
A
A
A

 

 

SELEPAS beberapa hari penuh teka-teki dan spekulasi, Shila Amzah akhirnya membuka mulut dan membongkarkan siapa sebenarnya penyanyi legenda yang didakwa ‘menyerangnya’ baru-baru ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, tampil menjelaskan bahawa individu terbabit bukanlah Ella atau Datuk Awie seperti yang diperkatakan oleh orang ramai.

No Image Caption

"Apa yang pasti bukan Kak Ella, bukan Datuk Awie. Siapa yang cakap Datuk Awie, tolong berhenti, dan bukan nama-nama lain yang berada di konsert hari itu.

“Tapi bapa kepada Nabila Huda. Saya sahkan. Kalau lihat pada laporan, keterangan sudah diambil,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan, Shila telah ‘diserang’ secara bersemuka ketika sesi latihan bagi salah sebuah konsert di Stadium Merdeka pada Khamis lalu, dipercayai berpunca daripada ciapan yang dibuatnya di platform X.

No Image Caption

Dalam ciapan tersebut, Shila menyatakan sokongan terhadap luahan Nabila Huda Suhaimi, 41, atau mesra dengan panggilan Abil, berkenaan isu hubungan dengan ibu tiri.

Bagaimanapun, Shila menjelaskan bahawa kenyataan yang diberikan itu tidak ditujukan khusus kepada sesiapa dan bukan juga mahu mencampuri urusan keluarga orang lain.

Tambah penyanyi Patah Seribu itu, niatnya hanya mahu memberi sokongan sebagai rakan industri yang turut melalui pengalaman serupa.

No Image Caption

"Masalah keluarga saya sangat-sangat umum. Apabila saya mengeluarkan kenyataan menyokong Abil sebagai rakan industri, melalui liku-liku kehidupan bersama keluarga, sesuatu yang sama berlaku pada kami berdua.

"Saya rasa kita bagi sokongan pada rakan, tidak sebut nama sesiapa. Saya sebut lebih kepada mak tiri saya. Jadi apabila dikatakan saya mengacau keluarga orang lain, perkara itu sama sekali tidak benar. Tiada asas," ujarnya.

No Image Caption

Susulan insiden serangan terbabit, Shila turut membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad sebelum ini mengesahkan rasa tidak puas hati kerana mencampuri urusan keluarga dipercayai menjadi punca Shila diherdik oleh penyanyi legenda terbabit.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang