Sweetnya! Anniversary ke-14, Aqasha titip ucapan istimewa buat isteri. ‘Terima kasih kerana bertahan, patuh & setia'

No Image Caption
A
A
A

BUKAN senang tengok hero yang satu ini berkongsi kisah peribadinya di laman media sosial.

Bersempena usia perkahwinan yang mencecah 14 tahun, aktor Aqasha berkongsi hantaran romantik memperingati hari bahagia bersama isterinya, Baizura Sabri.

Tak pernah tak sweet, pemilik nama Firdee Akassya Rosli, 42, mengucapkan terima kasih buat Baizura kerana terus bertahan di samping menyifatkan suri hatinta sebagai seorang isteri yang baik.

"Awak telah menjadi teman yang luar biasa. Yang sempurna untuk saya. Saya percaya kita telah belajar banyak antara satu sama lain.

"Terima kasih kerana menerima dan bertahan dengan seorang lelaki yang memilih kesederhanaan sebagai jalan hidupnya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Terima kasih kerana telah menjadi isteri yang patuh, setia dan bersedia bersama suaminya dalam apa pun cabaran yang hidup berikan," kongsinya.

Berkongsi foto manis bersama isteri, pelakon utama filem Embun yang disatukan dengan isteri pada tarikh menarik 10.10.2010 itu juga tidak lupa berharap ikatan suami isteri mereka berdua terus berkekalan.

"Sepertimana Palestin terus bertahan dengan kecelakaan sikap dunia dan sekelilingnya. Kita juga harus terus bertahan.

No Image Caption

"Seperti akar pohon, walau tak kelihatan...tapi tetap terus kuat memasak ke bumi bersedia untuk segala macam setan, badai, taufan dan pembalak haram jadah yang menyebabkan keruntuhan tanah.

"Semoga Tuhan meredai kita," katanya.

Sekadar info, Aqasha dan isteri mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Alehandra Ahmad, 13, dan Alaena Ayesha, 12.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang