Temui cinta baharu lepas dua tahun solo, ibu Shila Amzah bakal kahwin dengan duda

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS dua tahun membawa haluan sendiri, ibu kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah nampaknya sudah bersedia untuk kembali memetik kuntuman bahagia.

Fauziah Sarman, 57, yang juga bekas isteri kepada penyanyi era 80-an, Datuk ND Lala, berkongsi berita gembira bahawa beliau akan mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seorang lelaki berstatus duda, insya-ALLAH pada tahun ini.

Katanya, selepas melalui fasa yang agak mencabar dalam hidup, beliau kini terbuka hati untuk bercinta dan berumah tangga semula.

No Image Caption

“Kami dah berkawan beberapa bulan. Masih dalam fasa saling kenal mengenali… tapi alhamdulillah, semuanya baik.

“Dia seorang yang penyayang, baik hati dan boleh terima kisah hidup saya seadanya. Paling penting, kami sama-sama matang. Tak macam dulu-dulu masa muda,” kongsi Fauziah kepada Harian Metro.

Tambahnya lagi, lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya itu juga mempunyai pekerjaan tetap dan menjalankan perniagaan sendiri.

Lebih manis, hubungan mereka turut mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak termasuk anak-anak Fauziah.

“Shila pun dah jumpa dia dan Alhamdulillah, dia pun gembira tengok saya bahagia.

“Sebagai ibu, saya juga nak rasa tenang dan disayangi. Anak-anak pun faham dan sokong,” katanya dengan nada penuh syukur.

Ditanya tentang perancangan majlis pernikahan, Fauziah mengakui dia masih belum bersedia untuk berkongsi secara terbuka.

Katanya, biarlah masa yang sesuai menjawab segala persoalan.

No Image Caption

“Soal jodoh ni urusan ALLAH SWT. Kalau semuanya berjalan seperti dirancang, insya-ALLAH kami akan nikah tahun ini.

“Bila tiba masanya, saya akan kongsi dengan semua. Doakan yang terbaik ya,” ujar wanita berjiwa cekal ini.

Untuk rekod, Fauziah pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk ND Lala pada tahun 1989 dan hasil perkahwinan selama 34 tahun itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.

Namun, rumah tangga yang dibina akhirnya berakhir apabila mereka disahkan bercerai pada 2 Ogos 2023.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang