‘Thanks Daddy Fatima.’ Fazura terima bunga daripada Fattah Amin sempena hari lahir
PELAKON Fazura yang menyambut hari lahirnya pada hari ini menerima bingkisan istimewa daripada suaminya, Fattah Amin.
Menerima pemberian hadiah berupa bunga, kek dan kad ucapan, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin menitipkan kata-kata manis.
"Thanks Daddy Fatima" katanya.
Pada kad ucapan, Fattah dilihat menitipkan ucapan buat isteri tercinta.
"Selamat hari lahir Mommy. Daddy doakan pada hari kelahiran Mommy sentiasa happy, dimurahkan rezeki dan diberi perlindungan ALLAH, kebahagiaan dunia serta akhirat," titipnya.
Sekadar info, Fazura yang kini dalam proses perpisahan dengan aktor Fattah Amin.
Mereka yang disatukan pada 27 November 2017 kini menunggu prosiding mahkamah seterusnya pada 7 Oktober depan. Fazura terdahulu memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.
Pasangan itu dikurniakan cahaya mata tunggal, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram Fazura
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang