Tomok teruja sambung ijazah sarjana, pilih bidang pengajian persembahan. 'Perjalanan baharu buat saya, semoga dipermudahkan…'

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS berjaya menggenggam segulung ijazah di Universiti Utara Malaysia (UUM) lima tahun lalu, penyanyi Tomok sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi khabar gembira tentang perjalanan akademiknya yang masih berterusan.

Perkongsian tersebut ternyata mengejutkan peminat yang tidak menyangka vokalis kumpulan New Boyz itu masih bersemangat dalam dunia pendidikan.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail berkongsi berita gembira bahawa beliau telah menerima tawaran kemasukan ke program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sepenuh masa bagi Semester 2, sesi 2024/2025.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu meluahkan rasa syukur kerana tawaran tersebut membuka lembaran baharu dalam hidupnya, sekali gus meneruskan perjalanan akademik selepas menamatkan pengajian dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif pada tahun 2020.

Artikel Berkaitan:

"Perjalanan baharu buat saya selepas UUM, semoga dipermudahkan. Amin," tulisnya.

Sebelum ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang itu pernah menyuarakan impiannya untuk menggenggam ijazah sarjana.

Bukan sekadar mengejar ilmu, malah penyanyi berusia 41 tahun itu mahu menjadi inspirasi buat tiga cahaya matanya agar mereka turut menanam impian untuk melangkah ke menara gading suatu hari nanti.

Sebagai makluman, Tomok telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Rahayu Abas atau lebih mesra dipanggil Ayu pada 2 Julai 2011.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang