Zamarul sesak nafas kini di ICU, Diana Rafar mohon doa. 'Ya ALLAH permudahkan urusan suamiku...'

No Image Caption
A
A
A

AKTOR Zamarulhisham dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas secara tiba-tiba ketika menjalani penggambaran sebuah drama.

Menerusi perkongsian laman sosial isterinya, Diana Rafar, pelakon itu difahamkan berada di lokasi penggambaran.

"Permudahkan urusan suamiku ya ALLAH, semoga tiada apa yang serius. Abang tiba-tiba tidak boleh bernafas, dia lemah," titipnya di Insta Story.

Memetik Kosmo Online, Diana dan anak-anaknya yang berada di hotel berhampiran lokasi penggambaran terus bergegas ke sana sebaik dihubungi penerbit, Fadzil Teh.

Malah beliau juga setia menemani Zamarul menaiki ambulans ke hospital.

No Image Caption

“Ketika saya sampai saya tengok abang (Zamarul) sedang diurut beberapa kru, manakala keadaannya juga nampak lemah sambil terbaring yang membuatkan kami semua panik.

“Seorang kru menghubungi ambulans yang membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya dipetik daripada Kosmo.

Artikel Berkaitan:

Katanya, aktor berusia 54 tahun dikejarkan ke Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, pukul 2 pagi tadi dan masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun kondisi penyakit belum dikongsikan doktor.

Menurut Diana, suaminya dalam keadaan sedar tetapi perlu berada di ICU bagi pemantauan dan dijangka ditempatkan di hospital terbabit selama lima hari.

No Image Caption

“Sepanjang pengetahuan saya, abang tidak pernah menghidap sebarang penyakit malah mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kami cuma tunggu makluman doktor sekejap lagi. Doakan semoga abang sihat semula. Mungkin sebab dia terlalu penat bekerja.

“Syukur saya dan anak-anak turut serta ke Port Dickson menemani abang sejak tiga hari lalu, jadi dapat segera ke hospital tengah malam tadi,” ujarnya.

Kata Diana, semalam sepatutnya hari terakhir penggambaran drama yang turut dibintangi aktres dan pengacara Elly Mazlein.

Sumber: Kosmo

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang