Zaquan Adha menangis, sebak pangku jenazah anak bongsu berbalut kain batik. 'Berikan masa kepada saya dan isteri'
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/12/thumbs/900x900/3004139.jpg)
PERASAAN sedih tidak dapat ditahan lagi melihat pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Zaquan Adha kehilangan putera bongsu kesayangan, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.
Suasana pilu menyelubungi pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau apabila ahli keluarga dan rakan terdekat, termasuk bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, hadir memberi sokongan moral pasangan itu malam tadi.
Zaquan dan Ayu ditemani ahli keluarga, termasuk pasangan selebriti Zain Saidin dan Rozita Che Wan.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/12/3004141.jpg)
“Terima kasih atas sokongan, cuma beri masa kepada saya dan isteri.
"Insya-ALLAH, jenazah akan dikebumikan 9 atau 10 pagi esok (hari ini) di Makam Tuan Haji Said, Seremban,” luah Zaquan dalam keadaan sayu.
Beliau juga memohon agar diberikan masa untuk menjelaskan segalanya.
"Saya tidak mahu berikan apa-apa komen mengenai hal ini. Doakan yang terbaik," katanya.
Zaquan yang memangku jenazah anak bongsunya berbalut kain batik kelihatan sebak dan menitiskan air mata sebelum memasuki kenderaan.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/12/3004140.jpg)
Difahamkan, selepas disahkan meninggal dunia, jenazah dipindahkan ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasati sekitar jam 10.30 malam tadi. Jenazah dimandi dan dikafankan oleh Amal Rembau.
Muhammad Aisy Al Rees yang dilahirkan pada 2 Ogos 2024 dengan berat 2.3 kilogram terdahulu tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Taman Sri Pulai, Sikamat, sekitar jam 1 petang, Selasa sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/12/3004143.jpg)
Sekadar info, Ayu atau nama penuhnya Raudhah Che Wan dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.
Selain Muhammad Aisy Al Rees, Ayu dan Zaquan dikurniakan enam lagi cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 11; Muhammad Aisy Aryann, 10: Laura Zuleykha, 7; Muhammad Aisy Khaliq, 5; Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam, Qaisy berusia setahun.
Sumber: Buletin TV3, Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang