Anak bongsu Ayu Raudhah, Zaquan Adha meninggal dunia. 'Doakan kami kuat...'

TAKZIAH buat pelakon Ayu Raudhah dan suaminya bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha yang baharu sahaja kehilangan anak bongsu mereka hari ini.
Berita duka itu disampaikan oleh Zaquan menerusi kiriman di Insta Story miliknya sebentar tadi.

"Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada Penciptanya sebentar tadi.
"Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini," katanya.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai pemergian anaknya itu tidak didedahkan.
Muhammad Aisy Al Rees dilahirkan pada 2 Ogos 2024 dengan berat 2.3 kilogram.
Sementara itu, kakak Ayu yang juga pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan, Aisy Al Raees meninggal dunia ketika tidur.

“Kejadian berlaku lebih kurang jam 1 petang tadi, Ayu terus hubungi talian kecemasan bila lihat anaknya tidak sedar.
“Anaknya meninggal dalam tidur. Sekarang jenazah masih berada di Jabatan Forensik Hospital Rembau.
“Harap dapat dikebumikan malam ini juga,” ujarnya.
Tambah Che Ta, pemergiaan Aisy Al Raees sememangnya amat memberi kesan kepada seluruh keluarga dan dia sendiri mempunyai hubungan yang cukup akrab.
“Boleh dikatakan setiap minggu Ayu dan anak-anak datang bermalam di rumah saya. Jadi hubungan saya dan anak-anak Ayu memang sangat rapat,” katanya.
Sekadar info, Ayu atau nama penuhnya Raudhah Che Wan dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq, Muhammad Aisy Al Jibreel dan anak keenam yang berusia dua tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang