Zarina Anjoulie dipanggil SKMM, serah telefon bimbit bagi bantu siasatan

A
A
A

SELEBRITI sensasi, Zarina Anjoulie mendedahkan telah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kontroversi berkaitan dirinya dengan seorang lelaki yang pernah didakwa membuat pengiklanan khidmat persundalan mengunakan aplikasi X.

Menerusi penjelasan yang dibuat menerusi akaun Instagram miliknya, Zarina bersama peguamnya telah hadir ke SKMM pada 26 Ogos lalu dan telefon pintar miliknya juga telah diserahkan bagi tujuan siasatan lanjut.

"Pihak SKMM sedang membuat siasatan. Tolong biarkan mereka jalankan tugas. Telefonsaya dah kena ambil. Sekarang saya pakai telefon secondhand yang saya sempat beli di kedai selepas habis siasatan," katanya.

Tidak melatah dengan apa yang berlaku, pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 38, menyifatkan apa yang berlaku adalah sebagai satu pengajaran.

Malah pelakon itu turut berterima kasih kepada netizen yang menegur dan memberi nasihat kepadanya sebelum ini.

“Terima kasih banyak-banyak kepada netizen sudi tegur dan nasihat. Ini satu peringatan yang sangat baik untuk saya supaya jangan jadi bodoh lain kali. Doakan saya ya.

"Apa-apa pun yang masih sudi terima saya, terima kasih banyak-banyak, saya akan selalu sayang anda semua,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, peguam Zarina memberitahu anak guamnya telah dipanggil ke SKMM bagi memberi keterangan berkaitan isu kontroversi yang hangat diperkatakan kini.

Zarina bersama peguamnya hadir ke pejabat SKMM pada jam 5.30 petang dan selesai memberikan keterangan pada jam 8.30 malam.

"Terima kasih kepada SKMM yang layan saya dengan baik dan memberi proses yang tertib," kata Zarina dalam video yang dimuat naik.

Dalam pada itu, pelakon Zim Zim Ala Kazim itu mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang dan membuat laporan kepada SKMM berhubung pemilik akaun yang didapati memfitnahnya.

"Saya bersama pasukan peguam sedang memantau akaun-akaun yang menyebarkan info palsu. Kalau perlu lapor ke SKMM dan saman, saya akan buat," ujarnya ringkas.

Terdahulu,  Zarina dikecam ramai selepas dia berkongsi momen di Bali bersama lelaki yang pernah menghasilkan video lucah. Bagaimanapun video kandungan yang dijual menerusi platform Telegram itu adalah berkaitan produk.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang