Kongsi keakraban bersama, Mr E sifatkan Erra Fazira bijak, matang & miliki aura elegan. 'Dia gemar kuih koci, putu mayam...'

HUBUNGAN antara primadona Erra Fazira dengan lelaki pilihannya, Mr E, kini tampak lebih mesra dan terbuka apabila mereka sering berkongsi momen manis bersama, termasuk melakukan siaran langsung berdua.
Berkongsi mengenai perkara itu, Mr E atau nama sebenarnya Muhammad Ezuwan Muhammad Zain meluahkan rasa syukur apabila mendapat bantuan pengacara Borak Bibir Merah dalam mempromosikan kafe miliknya iaitu Kueh.
Tanpa mengulas panjang mengenai siaran tersebut, Muhammad Ezuwan yang akrab dengan bintang filem Maria Mariana itu berkongsi bahawa Erra Fazira gemar menikmati kuih yang mempunyai kelapa.
"Erra suka kuih yang berasaskan kelapa, jadi kuih kegemarannya adalah putu mayam dan kuih koci,"kongsinya.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Majalah Keluarga, Muhammad Ezuwan, meluahkan pandangannya terhadap personaliti Erra yang juga ibu kepada Engku Aleesya.
Dalam video tersebut, Muhammad Ezuwan secara peribadi menyifatkan Erra sebagai seorang wanita yang matang serta memiliki aura elegan yang tersendiri.
Menerusi video yang dikongsilah Majalah Keluarga, Muhammad Ezuwan secara peribadi menyifatkan ibu kepada Engku Aleesya sebagai seorang yang matang serta elegan.
Menurut pemilik Kueh Kafe itu, Erra bukan sahaja cantik secara luaran tetapi juga seorang yang bijaksana dan mudah untuk berkomunikasi membuatkan beliau sentiasa menjadi perhatian.
"Erra seorang yang cukup matang, elegan, dan mudah dibawa berbincang.
"Akhir sekali, saya boleh katakan bahawa Erra juga seorang yang bijak,"luahnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang