Linda Hashim tidak teragak-agak tunjuk laporan polis, kesihatan. Akui jadi mangsa keganasan rumah tangga. 'Anak naik 'panas' jika bersama bapanya...'

No Image Caption
A
A
A

DIAM bukan bermakna reda. Setelah hampir satu dekad menyimpan luka dan trauma, pelakon jelita, Linda Hashim

akhirnya memilih untuk mendedahkan bahawa dirinya pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak tahun 2016.

Linda, atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, mengakui bahawa keputusan untuk mendedahkan sisi gelap suaminya bukanlah satu tindakan yang mudah.

Namun, keputusan berani itu terpaksa diambil setelah sekian lama berperang dengan perasaan sendiri dan mendapat nasihat daripada peguam syarie, Nurul Fadzilah Kamaluddin.

“Atas nasihat orang yang lebih arif, memandangkan kes ini pun saya mendapati berbaur fitnah. Banyak perkara berlaku kepada saya dan saya cuba diamkan diri. Namun, benda itu sudah dimanupulasi.

“Keganasan rumah tangga berlaku pertama kali pada 2016 dan kali terakhir pada hari saya keluar dari rumah Oktober tahun lalu,” ujarnya selepas selesai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.

Bagi membuktikan kejadian yang berlaku, terdapat empat laporan polis dan tiga laporan hospital yang dibuat berkaitan kecederaan yang dialaminya ketika hidup bersama suaminya, pelakon Beego.

"Kalau di sana (Beego) terus mencungkil (provokasi), saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan semuanya sebab sudah berbelas tahun saya pendam," ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Linda menegaskan bahawa keganasan bukanlah satu-satunya beban yang perlu ditanggungnya. Lebih menyedihkan apabila anak-anak turut menjadi mangsa tekanan dalam persekitaran yang seharusnya tidak wujud dalam sesebuah keluarga.

"Sebenarnya bukan kes keganasan saya nak tekankan. Dia menganggu mental saya dan anak-anak. Sampai anak campak telefon kalau cakap dengan bapanya," kongsinya.

Bagi perkembangan kes, mahkamah pada Rabu menetapkan 30 Jun sebagai tarikh untuk pembentangan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian Linda dan Beego.

Terdahulu, Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada awal Januari lalu, atas alasan sudah tiada persefahaman antara mereka.

Kisah perkahwinan mereka tidak pernah sunyi daripada ujian, kerana sebelum ini pasangan ini pernah bercerai dan kembali rujuk pada April 2023.

Namun, tidak lama selepas itu, mereka bercerai sekali lagi dan kembali rujuk, tetapi perkara itu tidak didedahkan kepada umum.

Sebagai rekod, Linda dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, serta Indah Camelia, 6.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang