'Saya ambil maklum kesan pada penceraian kali ketiga...' Linda Hashim kongsi anak sulung beri kekuatan sejak pertama kali cerai
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/06/thumbs/900x900/2996822.jpg)
PELAKON Linda Hashim kembali tekad menfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Beego.
Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim disahkan memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini selepas hampir dua tahun kembali rujuk.
Keputusan yang diambil ibu kepada tiga orang cahaya mata itu bukan sesuatu yang mudah, tetapi satu keperluan setelah sekian lama memendam luka.
"Anak-anak saya, terutama yang sulung, sudah memahami situasi ini sejak perceraian pertama dahulu. Mereka adalah kekuatan saya untuk terus bertahan sebelum ini," katanya.
Linda berkongsi, sepanjang tempoh perkahwinan ini, beliau sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahankan hubungan mereka.
Namun, semakin lama hati pelakon berusia 41 itu semakin rapuh.
"Dia perlu menghormati apa yang saya rasa selama ini.
"Sekiranya saya memilih untuk tidak bercerai, saya takut akan jadi tidak ikhlas, jadi perkara itu tidak baik.
"Kita masing-masing perlu ikhlaskan, dan mengetahui apa yang dia sudah lakukan kepada saya", katanya.
Menurut pelakon filem Tanda Putera itu, sebelum membuat keputusan ini, dia telah melalui tempoh yang sukar dengan mencari kekuatan dan mendapatkan nasihat daripada insan-insan yang dipercayai.
"Saya failkan cerai bulan Januari lalu dan saya telah memikirkan perkara itu lama.
"Semestinya saya sudah muhasabah diri bertanya kepada mereka yang lebih arif apakah yang perlu buat pada rumah tangga saya.
"Perlukah saya teruskan atau tidak? Adakah kalau saya teruskan perkara ini akan baik-baik saja? Akhirnya inilah sahaja jalannya," jelas beliau lagi.
Meskipun perpisahan ini menyakitkan, Linda tidak pernah menafikan hak suaminya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah sebagai bapa kepada ketiga-tiga anak mereka.
"Anak memang tinggal bersama dengan saya, namun saya tidak pernah menghalang dia berjumpa dengan anak-anak," ujarnya
Menurut anak kelahiran Perak itu lagi, mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.
Katanya, terdapat percubaan dari suaminya untuk berdamai, serta janji yang diberikan untuk berubah, namun semuanya terasa bermakna.
"Sayang itu ada tahapnya. Sebagai seorang wanita bila terlalu banyak luka dan kecewa, perasaan itu akan pudar sendiri.
"Sebelum saya menfailkan cerai, sudah ada lafaz cerai buat dua kalinya.
"Sepatutnya bila wujud rujuk sebelum ini haruslah kita perbaiki tapi saya tidak nampak.
"Saya ambil maklum akan kesan pada penceraian kali ketiga,tapi keputusan ini ada sebab tersendiri," ungkap beliau.
Bagaiamanapun, ketika ditanya mengenai dakwaan penderaan domestik dan orang ketiga yang menjadi punca pergolakkan rumah tangga, Linda enggan mengulas lanjut.
"Tanya Beego. Saya tak mahu kata lebih," tegasnya.
Linda mengakui keputusan untuk bercerai bukanlah sesuatu diinginkan, lebih-lebih lagi bila rasa malu dan sedih mula menyelubungi dirinya.
"Saya malu berada di sini hari ini, malu dengan rakan media, keluarga, dan anak-anak.
"Tapi ini bukan sesuatu yang saya inginkan. Ini takdir. Saya percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya," katanya.
Kini, Linda hanya berharap agar proses perceraian ini dapat diselesaikan dengan baik dan cepat agar mereka berdua dapat meneruskan kehidupan masing-masing dengan lebih tenang.
Proses sebutan pertama kes penceraian melibatkan pasangan pelakon Linda Hashim dan Beego terpaksa ditangguhkan pada 6 Mac depan susulan ketidakhadiran Beego.
Penangguhan itu dibuat selepas pihak mahkamah tidak dapat menyerahkan notis tuntutan kehadiran Beego.
Untuk rekod, Linda dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang