Tiada persefahaman, Linda Hashim nekad fail cerai terhadap Beego
SELEPAS hampir dua tahun rujuk, pasangan pelakon Linda Hashim dan Beego khabarnya sudah tidak sehaluan dan kembali berantakan.
Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim disahkan memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada awal Januari lalu selepas hampir dua tahun kembali rujuk.
Memetik laporan mStar Online, peguam mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin berkata, aktres itu telah memfailkan cerai terhadap suaminya tersebut di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1986 atas alasan sudah tiada persefahaman.
Maklumnya lagi, kes tersebut bakal disebut pada Khamis ini dan setakat ini Linda, 41, sudah tidak tingga sebumbung dengan Beego sejak nekad dengan keputusan berpisah.
“Saya dimaklumkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung. Saya pun tidak tahu kalau mereka ada bertemu atau tidak dalam masa terdekat ini.
“Selebihnya saya rasa lebih baik bertanya kepada Linda sendiri di mahkamah nanti,” katanya.
Difahamkan, ini adalah kali ketiga Linda memfailkan perceraian terhadap Beego.
Imbas kembali, pada Mei 2023, Linda dan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.
la berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk dalam tempoh iddah iaitu pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023.
Terdahulu, Linda yang juga pelakon filem Tanda Putera juga berkata, perceraian yang dilalui mereka itu telah membuatkan mereka kembali muhasabah diri selain duduk berbincang bagi mendalami isi hati masing-masing.
Beego ketika itu juga mengakui bersikap terburu-buru membuat keputusan untuk melafaz cerai tanpa berfikir panjang.
Malah beliau juga menolak masalah rumah tangga dengan mereka berkaitan kehadiran wanita lain.
Sumber: mStar Online
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang