'Pengsan dengar komen cikgu’ – Tya Arifin kongsi momen ambil kad laporan anak

No Image Caption
A
A
A

BUKAN semua mereka yang berkedudukan memilih laluan sama apabila berbicara soal pendidikan anak.

Ada yang memilih sekolah antarabangsa, ada pula ke sekolah swasta.

Namun, usahawan dan selebriti Tya Arifin mengambil pendekatan berbeza apabila lebih senang menghantar anak-anaknya ke sekolah kerajaan.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Tya atau nama penuhnya Nurtria Wulandari Arifin menerusi hantaran di TikTok ketika beliau hadir mengambil kad laporan persekolahan anak sulungnya, Arif Jiwa.

“Rutin sebagai mak, ambil report Arif. Dengar laporan cikgu, pengsan sekejap.

"Boy will be boy,” tulis Tya sambil berkongsi gelagat anak lelakinya.

Dalam masa sama, Tya turut menguruskan kemasukan anak keduanya, Ara, yang bakal melangkah ke Tahun 1 pada tahun depan.

Katanya, masa terasa begitu pantas berlalu apabila kini beliau sudah punya anak-anak yang akan berada di Tahun 3 dan Tahun 1.

No Image Caption

“Dulu ingat lagi, saya yang duduk di bangku sekolah itu… tapi sekarang kita pula yang hantar anak ke sekolah,” ujarnya dalam nada penuh nostalgia.

Momen itu nyata mencuri perhatian ramai. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dan memuji sifat rendah diri Tya kerana tetap memilih sekolah kebangsaan.

Walaupun beliau seorang usahawan berjaya dan menantu kepada tokoh korporat terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Bagus betul Tya, walaupun jutawan tetap sekolahkan anak dekat sekolah kebangsaan,” tulis seorang pengikut.

“Terbaik Tya sebab hantar anak di sekolah biasa, rasa sangat dekat di hati kami,” ujar yang lain pula.

Ada juga yang terhibur melihat gelagat Arif yang sempat membeli jajan di luar sekolah serta berseloroh tentang reaksi Tya yang ‘pengsan’ mendengar komen guru terhadap anaknya.

Untuk rekod, Tya mendirikan rumah tangga bersama usahawan Asyraf Khalid pada 1 November 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 8 tahun, Azzahra Jiwa, 5 tahun dan si bongsu comel, Aghnia Amira Jiwa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang