'Kalau anak awak, suka orang pegang?'- Shahida dedah sebab Aliff Syukri tegas larang pembantu lelaki pegang, sentuh anak perempuan

No Image Caption
A
A
A

ISU keselamatan dan batas pergaulan anak-anak kembali menjadi perbualan hangat apabila Datin Seri Nur Shahida berkongsi pengalaman peribadi melibatkan pembantu peribadi (PA) lelaki yang dilihat bermain dan menyentuh anak perempuannya. 

Perkongsian jujur isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri itu nyata membuka mata ramai ibu bapa, khususnya golongan bapa, tentang pentingnya mendidik anak sejak kecil mengenai batas pergaulan.

Menurut beliau, kejadian bermula apabila PA tersebut sering bermain dengan anak-anak lelaki mereka seperti Yusuf dan Baim. 

Situasi itu membuatkan anak perempuan mereka, Raudhah, tertanya-tanya mengapa dia tidak boleh bermain bersama. 

Dari situlah timbul rasa ingin turut serta.

No Image Caption

Namun,  Aliff Syukri sejak awal sudah menetapkan prinsip tegas dalam keluarga mereka. 

“Awak perempuan, awak tak boleh rapat dengan PA lelaki,” tegasnya lagi. 

Malah, Aliff Syukri telah berulang kali memberi amaran kepada PA berkenaan supaya tidak memegang, mendukung atau menyentuh anak perempuannya walaupun atas alasan bergurau atau bermain.

Apa yang membuatkan situasi menjadi tegang apabila perkara itu tetap berlaku di hadapan mata. 

Usahawan kosmetik itu dilaporkan sangat marah kerana baginya, ini bukan isu kecil yang boleh dipandang ringan. 

Menerusi satu perkongsian video di Threads, Shahida menegaskan, kemarahan itu bukan bermaksud memarahi anak semata-mata, sebaliknya sebagai satu proses mendidik dan memberi kefahaman.

No Image Caption

“Kalau awak ada anak perempuan, awak suka tak orang lain pegang anak awak?” soal Aliff Syukri kepada PA tersebut. 

Jawapan yang diterima jelas menunjukkan hakikat yang sama, tiada ibu bapa yang selesa apabila batas itu dilanggar.

Bagi pemilik nama sebenar, Nur Shahida Mohd Rashid dan suami, pendidikan tentang sentuhan dan batas pergaulan perlu bermula sejak anak masih kecil. 

Menyentuh anak perempuan

Mereka memilih untuk tidak menormalisasikan perbuatan lelaki yang bukan mahram atau bukan ahli keluarga memegang, mendukung atau menyentuh anak perempuan, walaupun atas alasan kanak-kanak itu masih kecil.

“Dari kecil lagi kita kena ajar. Itu puncanya. 

"Kalau kita longgarkan dari awal, bila besar nanti akan jadi lebih sukar,” jelas ibu kepada enam cahaya mata itu lagi. 

Walaupun Raudhah menangis kerana tidak memahami situasi, mereka tetap bertegas sambil memujuk, demi memastikan mesej itu sampai.

No Image Caption

Dalam dunia hari ini yang sarat dengan pelbagai isu dan kes melibatkan keselamatan kanak-kanak, ketegasan Aliff Syukri wajar diberi pujian.

Sikap cakna seorang bapa dalam menjaga maruah, keselamatan dan batas pergaulan anak perempuan bukan sesuatu yang berlebihan, malah satu tanggungjawab besar yang perlu dicontohi.

Terima kasih kepada Shahida dan pemilik perkongsian ini kerana berani membuka mata masyarakat. 

Perkongsian ini bukan sekadar cerita keluarga selebriti, tetapi satu peringatan dan pendidikan buat para bapa dan bakal bapa agar lebih peka, berani bersuara dan tegas dalam melindungi anak-anak, khususnya anak perempuan, sejak dari kecil.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang