Sebak! Zarina Zainuddin usaha cari susyi untuk hidangan sahur istimewa Sky Taizo Okumura. 'Saya cuba buat macam ibu awak…’

SUASANA sahur pagi tadi mengundang sebak ramai apabila pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin, 55, bersungguh-sungguh menyediakan hidangan khas buat anak saudaranya, Sky Taizo Okumura, 13.

“Sky, saya tidak tahu untuk buat macam ibu awak tetapi saya berusaha mencari susyi semalam. Juadah itu seakan-akan hidangan yang disediakan ibu awak,” kata Zarina dalam sebuah siaran langsung.
Kata-kata itu menusuk hati ramai. Melihat remaja itu menyuap makanan tanpa kehadiran ibunya buat pertama kali, mata warganet berkaca.

Dalam hantaran di Instagram, bapa Sky, Ridzuan Ridzokumura, turut berkongsi perasaan hiba. “Ya ALLAH , berikan aku dan anak aku kekuatan.”
Setiap kali insan yang rapat datang menziarahi, air mata si kecil itu gugur tanpa henti.
Kesedihan Sky menyentuh hati ramai. Rata-rata warganet mendoakan agar beliau terus kuat menghadapi kehidupan tanpa ibu tersayang.

'Tak boleh berhenti air mata tengok Sky. Semoga ALLAH rawat hati awak, sayang.
Sebak, sayu, dan penuh emosi. Itulah yang dirasai ramai apabila melihat kasih sayang seorang ibu saudara yang cuba mengisi ruang kosong dalam hati seorang anak kecil.
Semoga Sky terus tabah. Kehilangan ini pasti berat, tetapi dia tidak bersendirian. Ada kasih, ada doa, dan ada insan yang tetap akan menjaganya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang