Mi segera, pakai topi punca lelaki umur 40 botak? Mitos! Dr ini kongsi sebabnya

No Image Caption
A
A
A

Bila dah meningkat usia ini, mula la rasa beberapa bahagian badan mengalami kesakitan jika buat sesuatu aktiviti terlebih daripada kemampuan.

Itu belum lagi sebut tentang penampilan, para wanita sangat risau tentang dengan kedutan di wajah, manakala lelaki pula ramai yang risau tentang kebotakan kepala.

Bila dah masuk umur 40-an ni, rambut pun dah mula nipis dan jarang-jarang. Nak tanam rambut (hair transplant), mahal!

Doktor perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ada berkongsi tentang mitos yang sering dimomokkan apabila individu meniti usia 40 tahun atau lebih tepatnya ketika rambut sudah mulai gugur.

Jadi, isu-isu tentang kebotakan ni biasa diperkatakan dalam kalangan lelaki, tetapi sebahagiannya adalah tidak benar atau mitos sahaja, antaranya:

1. Mi segera menyebabkan botak

kandungan MSG dan garam yang tinggi dalam perencah mi segera meningkatkan risiko darah tinggi dan penyakit berkaitan jantung. Ia tidak menyebabkan botak.

2. Pakai topi menyebabkan botak

Memakai penutup kepala yang ketat dan berterusan boleh merosakkan rambut, tapi ia bersifat sementara. Rambut akan sihat semula selepas berehat memakainya.

3. Kerap menyisir rambut menyebabkan botak

Kerap menyisir atau melurut rambut tidak seharusnya menyebabkan rambut sihat terputus atau gugur dari akarnya, melainkan dilakukan dengan kasar.

No Image Caption

4. Produk rambut menyebabkan botak

Produk dandanan rambut yang digunakan mengikut saranan pengeluar lazimnya tidak menyebabkan kerosakan, melainkan anda alah kepada produk itu.

5. Kerap mensyampu rambut menyebabkan botak

Mensyampu rambut membersihkan kulit kepala daripada sebum(minyak) dan sel mati. Secara tidak langsung menjadikan akar rambut lebih sihat.

6. Mencukur rambut jadikan rambut lebih tebal

Jika rambut anda telah menjadi tipis, halus dan rapuh, mencukurnya tidak akan menjadikannya tumbuh lebih kuat serta tebal kembali.

7. Berjemur menyebabkan kebotakan

Terdedah kepada sinaran matahari boleh menyebabkan tekstur rambut menjadi rosak. Namun ia bukan risiko utama kebotakan.

No Image Caption

8. Hanya orang tua mengalami kebotakan

Kebotakan boleh berlaku pada usia remaja. Namun begitu, jika dibandingkan dengan wanita, lelaki lebih ramai yang mula botak dahulu.

9. Lelaki botak lebih kuat seks

Kebotakan boleh berlaku akibat peningkatan paras hormon testosteron, lebih tepatnya dihydrotestosteron(DHT). Namun ia tak bermakna lebih kuat seks.

10. Kebotakan meningkatkan risiko kemalangan

Ni fakta, bukan mitos. Cumanya, bukan pasal kebotakan kepala. Inii tentang kebotakan pada bunga tayar pada kenderaan. Haha!

Jika anda mengalami penipisan dan keguguran rambut, serta merasakan kebotakan adalah sesuatu yang mengganggu anda, maka berjumpalah dengan doktor. Doktor akan mengenal pasti punca dan rawatan yang sesuai untuk anda.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang