SALAM Shah Alam Specialist Hospital jadi pelopor REVA oleh MIMOS- Teknologi ujian darah tanpa reagen pertama di Malaysia
SALAM Shah Alam Specialist Hospital melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila menjadi hospital pertama di Malaysia yang terlibat dengan ujian klinikal Reagentless Blood Testing and Vital Signs Analyser (REVA), hasil inovasi daripada MIMOS, agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) nasional di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Langkah itu bukan sekadar memperkenalkan teknologi baharu, tetapi turut membuktikan bahawa sebagai hospital komuniti yang menawarkan perkhidmatan pada harga berpatutan, SALAM Shah Alam tetap komited untuk tidak berkompromi terhadap kualiti dan kemajuan teknologi kesihatan.
REVA yang dibangunkan oleh MIMOS merupakan inovasi kesihatan yang membolehkan ujian darah dilakukan dengan lebih pantas, mudah dan tanpa penggunaan reagen.
Dengan hanya meletakkan jari pada peranti REVA, keputusan kadar gula dapat diperoleh dalam masa singkat. Data tersebut akan dihantar secara automatik ke pangkalan data khas untuk analisis segera, sekali gus menjimatkan masa serta meningkatkan kecekapan diagnostik.

HOSPITAL KOMUNITI
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SALAM Shah Alam Specialist Hospital, Encik Akim Affandi Ahmad, walaupun merupakan hospital komuniti dengan struktur harga yang berpatutan, pihaknya tidak pernah berkompromi terhadap kualiti.
"Kami sentiasa berusaha memperkenalkan teknologi moden serta membina kerjasama strategik seperti ini agar masyarakat dapat menikmati rawatan berkualiti tinggi tanpa beban kewangan yang besar," ujarnya.
Beliau menambah, kerjasama dengan MIMOS dan pelaksanaan REVA ini adalah bukti komitmen untuk memastikan SALAM Shah Alam kekal seiring dengan kemajuan teknologi kesihatan, sama seperti hospital-hospital besar lain.
"Kami percaya penjagaan kesihatan moden haruslah inklusif — ‘Quality, Comfortable, Affordable Care for All," ujarnya lagi.

Sementara itu, MIMOS pula mengakui, kerjasama tersebut sejajar dengan usaha agensi itu untuk mempercepatkan penggunaan teknologi kesihatan pintar di hospital-hospital komuniti serta memperluaskan manfaat inovasi tempatan kepada rakyat.
Kerjasama berkenaan juga merupakan kolaborasi kedua antara SALAM Shah Alam dan MIMOS selepas kejayaan pertama pada Jun lalu yang melibatkan program Saringan Kesihatan untuk warga kerja MIMOS.
Inisiatif tersebut menjadi asas kepada kepercayaan yang berterusan untuk memperkenalkan teknologi baharu yang membawa manfaat kepada pesakit dan industri kesihatan negara.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

