Raih RM20,0000 menerusi kempen Dana #SheCan, Nur Arianna Qaisara realisasikan impian terajui teknologi AI
SELEPAS dua bulan pencarian di seluruh negara, Kotex akhirnya melabuhkan tirai kempen Dana #SheCan dengan menganugerahkan sejumlah RM105,000 kepada 11 penerima yang layak pada 29 Oktober lalu.
Untuk rekod, kempen yang memasuki tahun kelima penganjuran, pertandingan Dana #SheCan Kotex 2024 itu telah menarik perhatian lebih 300 penyertaan.
Juara bagi pertandingan tersebut menjadi milik Nur Arianna Qaisara Abdullah yang merupakan Pengasas & Ketua Pegawai Pemasaran IntelliLabs.
Gadis berusia 19 tahun yang juga pelajar di Universiti Malaya itu muncul antara 11 penyertaan, sekali gus membawa pulang geran yang bernilai RM20,000.
Dalam ucapannya, beliau meluahkan keinginan untuk meningkatkan kehadiran wanita dalam AI dan teknologi dan menganjurkan Festival AI SheHacks yang tertumpu kepada wanita.
Stigma berat
Sementara itu, Pengurus Kanan Jenama Kotex Malaysia, Puan Sarah Chen berkata, sehingga hari ini golongan wanita masih menghadapi halangan yang ketara dalam mengejar impian dan cita-cita mereka, termasuk stigma berat sebelah masyarakat yang melabelkan kami lemah disebabkan haid.
“Kami melancarkan kempen #SheCanPeriodt untuk mencabar dan menghapuskan persepsi lapuk ini.
"Justeru itu, kami melancarkan pertandingan di seluruh negara, mengajak para gadis Malaysia untuk berkongsi impian mereka dan bagaimana impian tersebut berupaya mengatasi halangan, memecahkan diskriminasi gender, melangkaui batas, dan memberi inspirasi kepada kemajuan wanita.
"Mesej yang ingin kami sampaikan kepada para gadis adalah, haid atau tidak, mereka mampu menggapai impian," kata beliau.
Untuk rekod, dana tersebut adalah lanjutan daripada kempen #SheCanPeriodt edisi terhad jenama berkenaan, yang memperlihatkan pek Kotex Soft and Smooth diberi penampilan baharu sebagai penghormatan kepada wanita yang berjaya mengatasi halangan serta melangkaui batas kamampuan diri.
Menerusi pek Soft and Smooth edisi terhad Oktober lalu, ia muncul dengan reka bentuk yang menarik dan inovatif, Kotex pada masa sama, mempersilakan semua wanita untuk mengambil langkah pertama atau meneruskan perjalanan mereka dalam mencapai apa yang mereka impikan.
Setiap pembelian memperkasakan mesej, meskipun berhadapan cabaran, #SheCanPeriod
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang