Kenapa udang atau ketam bertukar warna oren selepas masak? Dr ini kongsi jawapan berserta khasiatnya!
PERNAH tak anak-anak atau diri sendiri tertanya-tanya, kenapa udang atau ketam apabila sudah masak bertukar ke warna oren. Pelik, kan?
Malah, kita pun dengan yakin menjadikan perubahan warna itu sebagai penanda aras bahawa makanan laut itu sudah masak.
Jangan risau, kekeliruan semua orang itu terjawab hari ini dengan jawapan daripada Dr Rizal yang sudi berkongsi ilmu dengan kita. Beliau yang sebelum itu turut tidak tahu jawapan akhirnya merungkai ‘misteri’ ini setelah mendapat persoalan yang sama daripada anaknya.
“Rupanya hidupan laut bercengkerang termasuk burung flamingo pink makan sejenis algae bernama Haematococcus pluvialis.
“Saya bagi tahu kat Akhyar. Nak bagi dia faham saya order dulu algae ni. Mujurlah masa tu duduk di Australia. Mudahlah sikit.
“Seronoklah dia dapat tengok, pegang dan main dengan algae ni,” tulis beliau.
Tambah beliau lagi, tumbuhan rumpai laut itu mempunyai anti oksida yang tinggi dan mampu melepasi sistem sekuriti otak. Malah, ia juga penting untuk mata kita dan mampu hilangkan kesan gelap akibat cahaya matahari.
"Rupanya Haematococcus pluvialis ada anti oksida yang tinggi. Boleh lepasi sistem sekuriti otak bernama blood brain barrier.
.
“Haematococcus pluvialis juga diberi nama Astaxanthin. Penting untuk mata. Terutamanya orang guna gajet dan komputer.
“Kalau tak nak kena sunburn, astaxanthin boleh bantu. Hanya perlu ambil 4mg saja sehari,” tambah beliau,
Selain daripada rumpai laut, Dr Rizal juga turut senaraikan beberapa makanan semula jadi lain yang mempunyai khasiat yang sama kaya dengan astaxanthin. Antaranya :
- belut
- ikan kerapu merah
- ikan siakap merah
- ikan trout
- ikan salmon merah
Jadi, sesekali boleh la hidangkan pada keluarga menu ini sebagai sumber khasiat semula jadi ya. Sambil makan, kita dah tahu khasiatnya untuk tubuh badan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang