NIVEA Moments of CARE 2026 kumpul RM80,000, galak wanita lebih peka kesihatan payudara

No Image Caption
A
A
A

KESIBUKAN mengurus keluarga, kerjaya dan penampilan diri kadangkala membuatkan wanita terlupa satu perkara penting, iaitu kesihatan sendiri. Sedangkan, menjaga diri bukan hanya tentang memilih pakaian yang sesuai, menjaga kulit atau tampil yakin, tetapi turut melibatkan kepekaan terhadap perubahan tubuh.

Mesej itu menjadi antara fokus kempen NIVEA Moments of CARE 2026 yang memasuki tahun ketiga penganjuran bersama Watsons Malaysia dan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA).

Kempen tersebut berjaya mengumpul RM80,000 untuk BCWA tahun ini, menjadikan jumlah sumbangan terkumpul sejak 2024 sebanyak RM200,000.

Orang ramai juga boleh menyumbang sambil menambah pengetahuan mengenai kesihatan payudara. Setiap imbasan kod QR di cawangan Watsons menyumbang RM1 kepada BCWA, manakala RM1 turut disalurkan bagi setiap perbelanjaan RM20 untuk produk NIVEA sepanjang kempen.

Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Dr Christopher Vierhaus berkata, kesedaran perlu diterjemahkan kepada tindakan agar lebih ramai wanita memahami kepentingan menjaga kesihatan payudara.

No Image Caption

“Kesihatan payudara bukanlah sesuatu yang seharusnya dibincangkan hanya sekali. Tahun ini, NIVEA Moments of CARE memberi tumpuan kepada usaha mengubah kesedaran kepada tindakan,” katanya.

Pengalaman tiga wanita, iaitu penyanyi dan jurulatih vokal profesional Adzrin Adzhar, penyanyi veteran Salamiah Hassan serta aktivis kesedaran kanser Dr Kartini Kamalul Ariffin, turut mengingatkan bahawa perjalanan setiap individu menghadapi kanser berbeza.

Bagi Adzrin, pengalaman kanser kembali aktif pada 2025 selepas penyakit itu merebak menjadi peringatan supaya tidak memandang ringan perubahan tubuh.

“Saya berasa pening selama beberapa hari dan menganggapnya perkara biasa. Selepas menjalani pemeriksaan, barulah saya mengetahui kanser itu telah merebak. Jika ada sesuatu yang terasa berbeza, jangan abaikan atau takut untuk mendapatkan pemeriksaan,” ujarnya.

Salamiah yang kini bebas kanser pula mengakui wanita mudah menangguhkan pemeriksaan kerana merasakan ada urusan lain yang lebih utama.

“Saya juga pernah berkata, ‘Nantilah saya buat pemeriksaan.’ Selalu ada perkara lain atau orang lain yang perlu diutamakan. Walaupun kini bebas kanser, saya tetap menjalani pemeriksaan berkala,” katanya.

Sementara itu, Dr Kartini yang kini dalam remisi menegaskan pemeriksaan susulan tetap menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

“Bagi saya, menjadi pejuang kanser bermakna meneruskan kehidupan dengan pemahaman yang lebih baik tentang kesihatan diri,” katanya.

No Image Caption

Pakar Perunding Bedah Payudara dan Endokrin, Dr Patricia Alison Gomez turut mengingatkan wanita supaya mengenali keadaan normal payudara masing-masing dan mendapatkan pemeriksaan sekiranya terdapat perubahan baharu.

Selain perkongsian pengalaman, acara kempen turut merangkumi aktiviti kesejahteraan, pemeriksaan klinikal payudara oleh BCWA dan sesi kreatif menghasilkan lilin beraroma atau terarium mini menggunakan tin ikonik NIVEA Creme.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang