[LIVE] BORAK BIBIR MERAH EKSKLUSIF YB DATO' SRI HAJAH NANCY SHUKRI

A
A
A

Lebih bermakna, episod kali ini yang berlangsung di Chef Kecik Boulangerie @ Tuah 1895 Bukit Bintang menampilkan YB Datuk Seri Nancy Shukri sebagai tetamu jemputan. Wanita berjiwa besar yang berasal dari kampung itu kini berdiri megah sebagai pemimpin di arena politik tanah air. Ketahui bagaimana perjalanan beliau menakluk cabaran hingga mampu berdiri sebaris dalam gelanggang parlimen? Semuanya bakal dikongsikan secara eksklusif! Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu bukan sahaja bijak dan berwibawa, malah anggun dalam setiap langkahnya. Bersama beliau selebriti versatil, Ain Edruce yang tetap bertenaga dan bersahaja meskipun sedang sarat mengandung, memastikan sesi ini penuh warna dan gelak tawa! Turut memeriahkan suasana, Sissy Imann, penyanyi berbakat besar yang menyerikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa dengan suaranya yang unik dan memukau. Dalam meraikan hari penuh makna itu, bagaimana pula pandangan lelaki terhadap perjuangan kaum hawa? Da’i Izzhar Nazri tampil berkongsi perspektifnya. Jangan ketinggalan! Mari bersama-sama meraikan kehebatan wanita dalam satu perbualan penuh inspirasi!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang