Pendapatan Messi mendahului Ronaldo sekali ganda!

Pendapatan Messi mendahului Ronaldo sekali ganda!
Pendapatan Messi mendahului Ronaldo sekali ganda!
A
A
A

UMUM sedia maklum bahawa bintang bola sepak dunia merupakan antara golongan ahli sukan yang menerima bayaran paling lumayan sebagai imbuhan gaji bulanan mereka.

Jadi tidak hairanlah apabila gaya hidup mereka dilihat sangat mewah. Pasti timbul tanda tanya berapa agaknya pendapatan mereka bukan?

Media dari France, L’Equipe, telah mengeluarkan senarai tahunan baru melibatkan pemain bola sepak yang mendapat gaji tertinggi di dunia pada masa kini.

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo berada di puncak senarai pemain. Bukan perkara yang pelik pun jika melihat pada kehebatan mereka berdua.

Namun satu hal yang mungkin akan mengejutkan peminat bola sepak adalah pendapatan Lionel Messi yang kini dilaporkan dua kali ganda melebihi pendapatan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.

Messi dilaporkan memperoleh pendapatan kasar bernilai €8.3 juta (RM39.9 juta) sebulan. Sementara Ronaldo dianggarkan bernilai €4.5 juta (RM21.6 juta)

Jadi, berapakah jumlah sebenar pendapatan pemain dunia yang lain? Ikuti video yang SinarPlus sediakan ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang