KES kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida atau nama sebenarnya Nida Patcharaveerapong meraih perhatian ramai.

Korang yang pernah menonton filem seram, Ghost of Mae Nak  pada tahun 2006 pasti sudah biasa melihat aksi lakonan Tangmo yang membawa watak utama di dalamnya.

Berita aktres berusia 38 tahun itu terjatuh dari bot di Sungai Chao Phraya menjadi perhatian seluruh warga Thailand. Apatah lagi apabila dia seorang yang pandai berenang.

Baca juga: Maut Terjatuh Dari Bot, Ibu Sangsi Kematian Tangmo Nida

Lebih-lebih lagi ia terjadi pada hari yang sama pelakon itu memuat naik beberapa foto ketika berlibur dengan rakan-rakan di Phuket iaitu 24 Februari.

Proses pencarian dilakukan oleh pihak berkuasa disertai ahli keluarga menemukan jasadnya lepas selepas 38 jam dilaporkan terjatuh ke dalam sungai di kawasan berhampiran jambatan.

Laporan polis yang dibuat oleh pengurus mengatakan aktres itu kononnya terjatuh dari bot ketika sedang bersiar-siar.

Baca juga: Penyiasat Jenayah Terkemuka Thailand Tolak Dakwaan Saksi, Punca Kematian Aktres Thai Mencurigakan

Baca juga: Kematian tragis pelakon Thailand, lima rakan bot didakwa, bakal berhadapan hukuman penjara

Bagaimanapun beberapa perkara yang menjadi tanda tanya orang ramai sehingga ada yang mengatakan pelakon itu adalah mangsa jenayah pembunuhan.

Gerak hati seorang ibu memang dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Si ibu, Panida Sirayutthayothin sangsi terhadap pengurus Tangmo, Gatick Idsarin dan tidak berpuas hati apabila wanita itu tidak membantu menyelamatkan anaknya ketika kejadian.

Menerusi laman Twitter dan Telegram, foto ngeri dipercayai jasad Tangmo tersebar hingga mengundang simpati warganet.

Tubuh Tangmo ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan mengalami beberapa luka teruk pada bahagian betis dan paha. Lebih menyentuh hati, wajah juga membengkak hitam dan hampir tidak dapat dikenal pasti jika dipandang secara luaran.

Baca juga: Kronologi insiden Tangmo Nida mati lemas, pengurus didapati putar belit fakta kejadian

Baca juga: [VIDEO] Beritahu sejuk, tenggelam bawah jambatan, benarkah wanita ini dirasuk roh Tangmo Nida?

Gatick yang juga teman rapat Tangmo dilihat sering meniru stail artis itu. Malah baju yang digayakan juga sama. Dilaporkan, Tangmo juga mengambil anak perempuan Gatick, Easter sebagai anak angkat dan menjadikan kanak-kanak itu sebagai penerima faedah insurans bernilai 1 juta Bath iaitu kira-kira RM130,000.

Bahkan, selepas hilang, beberapa hantaran di Instagram pelakon itu hilang dan ramai mengatakan ia adalah angkara pengurusnya.

 

Tidak sekadar itu, pelbagai ‘plot twist’ terjadi di mana ibu Tangmo menerima permohonan maaf dua suspek dan bakal menerima wang pampasan sebanyak 30 juta baht (kira-kira RM3.8 juta)

Ada yang berpandangan Panida tersepit dengan masalah kewangan yang menyebabkan dia menerima dorongan itu.

Malah tidak kurang juga yang membuat spekulasi kemungkinan Panida turut terbabit dalam nahas melibatkan anak perempuannya itu.

Dalam pada itu, bagaimana pula dengan laporan forensik polis yang mendakwa seorang daripada suspek telah menelefon orang ternama ketika malam kejadian? Malah ada rakaman suara suara lelaki misteri seakan-akan menjerit meminta seseorang membawa mangsa ke bahagian belakang bot sebanyak dua kali.

Justeru, sebagai pengajaran daripada kes Tangmo Nida ini, kita sebagai individu sentiasalah berhati-berhati dengan orang sekeliling.

Usah terlalu percaya seratus peratus walaupun mereka insan rapat atau ahli keluarga sendiri, simpan sedikit rasa curiga demi keselamatan diri.

Walau apa pun, jika benar Tangmo Nida dibunuh, semoga pembunuhnya berjaya diheret ke muka pengadilan.

SiBibirMerah: Hati-hati dengan orang yang suka meniru apa yang kita buat, bimbang jika ada perasaan cemburu atau dendam.

Jangan lupa follow kami di Instagram!