6 punca wabak Covid-19 di India semakin mengganas

A
A
A

 

Situasi di India pada masa kini dilihat sangat teruk dan tidak terkawal. Dengan penyebaran wabak Covid-19, sektor kesihatan di India dilihat seperti tidak bersedia dengan impak besar wabak ini. Apatah lagi dengan populasi 1.4 bilion penduduk, India adalah negara yang padat dan kedua paling ramai selepas China.

Berikut antara enam punca wabak Covid-19 di India semakin mengganas menurut laporan-laporan media.

6 punca wabak Covid-19 di India semakin mengganas

1.Fasiliti kesihatan sangat terhad

Fasiliti kesihatan sangat terhad dan India mengalami masalah dalam data kes Covid-19 dengan jumlah ujian saringan Covid-19 yang rendah berbanding populasi yang sangat ramai.

Infrastruktur kesihatan dan keperluan asas untuk melawan Covid-19 seperti bekalan oksigen, mesin bantuan pernafasan, ubatan anti-virus dan katil hospital tidak mencukupi dengan kes baru harian mencatat rekod ratusan ribu pesakit.

Kepincangan dalam sektor kesihatan ini memberi kesan yang sangat dahsyat kepada India waktu ini.

 

Baca juga: Perdana Menteri Thailand didenda 6,000 baht tak pakai pelitup muka

 

6 punca wabak Covid-19 di India semakin mengganas

2.Perbelanjaan kesihatan sangat rendah

India berada di tangga bawah iaitu kedudukan 179 dari 189 negara yang mengutamakan sektor penjagaan kesihatan di dalam bajet perbelanjaan negara.

Walaupun India adalah antara negara yang paling pesat membangun dalam ekonomi dunia akan tetapi perbelanjaan dalam sektor kesihatan awam adalah sangat rendah iaitu satu peratus dari jumlah KDNK.

Pada 21 april 2021, berita melaporkan seramai 202 pesakit di sebuah hospital di bandar Nasyrik maut kerana bekalan oksigen yang terputus.

 

3.Ujian saringan tidak sepenuhnya

Ujian saringan covid19 masih rendah dan ratusan ribu penduduk masih menjadi menyebar virus tanpa disedari.

Di sana juga terlalu ramai pesakit yang tidak mendapat penjagaan kesihatan yang sewajarnya.

Ada antara pesakit disuruh pulang kerana hospital tidak mampu menampung jumlah pesakit yang ramai. Apa yang menyedihkan, ada pesakit yang mati di luar hospital kerana tidak dapat meneruskan rawatan.

 

6 punca wabak Covid-19 di India semakin mengganas

4. Mutasi berganda

India mengalami gelombang Covid-19 yang kedua apabila virus baru Covid-19 dikesan dengan mutasi yang berganda ‘double mutant’.

Gelombang kedua yang melanda India ini lebih cepat merebak dengan kesan yang lebih teruk. Mereka yang dijangkiti juga mendapat kesan lebih serius dan memerlukan bantuan oksigen.

Penyebaran wabak Covid-19 di India pada ketika ini adalah paling pantas di dunia.

 

6 punca wabak Covid-19 di India semakin mengganas

 

5.Perhimpunan besar-besaran di tempat awam

Perhimpunan besar-besaran di tempat awam seperti aktiviti keagamaan, perhimpuan sukan, aktiviti sosial, majlis perkahwinan dan lain-lain telah mula dibenarkan.

Penduduk mula berhimpun ke tempat awam dengan bebas. Aktiviti keagamaan ‘Kumbh Mela’ telah dibuat bermula bulan Mac 2021. Jutaan penganut agama Hindu berkumpul dan mandi di Sungai Ganges.

Seramai lebih 1700 orang disahkan positif Coronavirus selepas ujian dijalankan selama lima hari di kawasan tersebut.

 

 

6 punca wabak Covid-19 di India semakin mengganas

 

6. Perhimpunan Politik

Terdapat juga perhimpunan yang diadakan oleh parti politik yang bertanding untuk pilihan raya walaupun kes sedang meningkat naik. Di bandar besar seperti Mumbai dan Delhi, satu daripada tiga atau empat individu disahkan positif Covid-19.

Jika keadaan seperti ini berterusan, India akan berdepan dengan kes yang akan terus meningkat kepada setengah juta sehari pada bulan Mei 2021.

 

Baca Juga: Hanya 45 minit Jakarta-Bandung, kereta api laju jadi pilihan kaki travel

 

Kesimpulannya, jumlah kes aktif di India sudah melepasi angka 2.7 juta orang bermula awal minggu ini dan situasi ini dilihat tidak akan pulih dalam masa terdekat.

Tidakkah korang terfikir situasi yang melanda India kini hampir sama dengan Malaysia? Kita juga pernah merasai fasa pemulihan dari virus ini namun tidak bertahan lama.

Dengan jumlah kes baru yang kian meningkat dan tanpa kawalan yang sempurna, Malaysia juga akan mengalami tsunami Covid-19 seperti India.

Sebagai rakyat yang prihatin, kita seharusnya berganding bahu demi menjaga diri dan memutuskan rantaian Covid-19 ini. Kita mesti menang!

Walau bagaimanapun, mari kita berdoa dan memberi sokongan kepada India supaya mereka dapat menangani wabak ini dengan lebih sempurna.

 

Sumber: Facebook APHD Story 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang