Perdana Menteri Thailand didenda 6,000 baht tak pakai pelitup muka

A
A
A

PERATURAN tetap dilaksanakan walau pun kepada golongan pemimpin negara. Itulah yang berlaku di Thailand apabila pemimpin teratas negara itu turut didenda kerana tidak mematuhi penguatkuasaan kewajipan pemakaian pelitup muka di tempat umum.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha muncul sebagai merupakan orang pertama di negara itu yang didenda 6,000 baht (RM782) kerana kesalahan tidak memakai pelitup muka semasa sedang bermesyuarat bersama penasihat pemerolehan vaksin.

Gambar tersebar di media sosial

Tindakan denda itu diambil susulan gambar Chan-o-Cha tanpa memakai pelitup muka semasa mempengerusikan mesyuarat itu tersebar meluas di media sosial. Bagaimanapun, gambar yang dimuatkan di Facebook rasmi Prayuth itu telah dipadam.

Ekoran daripada pendedahan foto berkenaan, Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang memaklumkan di media sosial miliknya bahawa beliau telah menfailkan aduan laporan terhadap Perdana Menteri kepada pihak polis. Bagaimanapun ketika itu gambar yang dimuatkan di Facebook rasmi Prayuth itu telahpun dipadamkan.

Didapati bersalah

Hasil siasatan dilakukan mendapati Perdana Menteri Thailand yang ke-29 itu bersalah kerana tidak memakai pelitup muka dan telah diminta membayar denda tersebut.

Sejak Isnin lalu pihak berkuasa Bangkok mengumumkan penguatkuasaan kewajipan pemakaian pelitup muka di tempat umum termasuk di dalam kenderaan yang melebihi seorang penumpang.

Seksyen 51 Communicable Diseases Act 2015 Thailand menetapkan bahawa seseorang yang telah melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda maksimum 20,000 baht (RM2,608).

Pengumuman itu dikeluarkan susulan kes jangkitan Covid-19 di Thailand semakin meningkat iaitu 8,175 kes yang disahkan sejak gelombang baharu Covid-19 bermula awal bulan ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang