Arab Saudi wajibkan suntik vaksin untuk masuk pejabat, guna perkhidmatan awam bermula 1 Ogos 2021

A
A
A

VAKSINASI adalah salah satu kaedah mengawal pandemik Covid-19. Ia antara cara terbaik melindungi masyarakat daripada bahaya wabak maut tersebut.

Sejak kemunculan Covid-19, pelbagai usaha telah dijalankan di seluruh dunia untuk membangunkan vaksin Covid-19.

Vaksin mengandungi antigen berfungsi merangsang sistem daya lawan jangkitan tubuh dan membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

Apa itu vaksin Covid-19? Vaksin Covid-19 merangsang sistem imun supaya jika kita terdedah kepada koronavirus SARS-CoV-2 (severe acute respiratory syndrome coronavirus 2), badan boleh bertindak balas terhadap jangkitan Covid-19.

Menyedari akan keperluan vaksin kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan suntikan imunisasi itu dalam kalangan rakyat yang terlibat dalam aktiviti sosial, sektor ekonomi dan komersial.

Baca juga Melihat Rakan Di England Sihat, Pemuda Tidak Lepas Peluang Rebut Slot Vaksin AstraZeneca

Ini termasuklah, bidang kebudayaan, saintifik, hiburan dan sukan berkuat kuasa 1 Ogos depan.

Menerusi kenyataan Saudi Press Agency turut mengesahkan pengangkutan awam dan sesi pembelajaran dalam kelas di fasiliti-fasiliti pendidikan akan disambung semula.

Kementerian kesihatan dan pendidikan negara bersetuju untuk menentukan kumpulan sasaran pelajar.

Aplikasi mudah alih Tawakkalna akan digunakan untuk memeriksa status imunisasi warga dan penduduk.

Menurut WHO, dianggarkan 60 hingga 70 peratus populasi dunia perlu mempunyai daya tahan terhadap Covid-19 bagi membolehkan 'imuniti kelompok' dapat dicapai. Dengan cara itu, penularan COVID-19 dapat dikawal.

Imuniti kelompok atau herd imunity adalah keadaan penularan jangkitan sesuatu penyakit tidak dapat berlaku kerana sebahagian besar populasi di kawasan terbabit mempunyai imuniti atau daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit berkenaan.

Apabila peratusan mereka terlindung tinggi, maka secara tidak langsung mengurangkan berlakunya jangkitan.

Seterusnya, ia dapat memutuskan rantaian jangkitan wabak maut tersebut.

Bukan sahaja di Arab Saudi, diharapkan rakyat Malaysia juga mengambil tanggungjawab bersama mendaftarkan vaksinasi supaya kita dapat mengurangkan kadar kes maut akibat penularan kes Covid-19.

Pada masa sama, imuniti kelompok dapat dicapai dengan segera.

Sumber: arabnews.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang