Kejam! Bakal doktor sedang hamil 'reput' dalam asid hidroklorik angkara cemburu buta suami

No Image Caption
A
A
A

TERGAMAKNYA! Seorang suami sepatutnya menjadi penjaga dan pelindung isteri, namun diperlakukan sehingga begini.

Pelajar perubatan, Arnima Hayat, 19, menyayat hati selepas maut selepas mandi asid angkara perbuatan suaminya, Meraj Zafar, 20.

Memetik Mirror UK, wanita berasal dari Bangladesh yang kini menetap di Australia itu menjadi sasaran suami sendiri selepas lelaki itu cemburu melihat Arnima, 19, dengan lelaki lain.

Difahamkan, pelajar perubatan University of Western Sydney berkenaan menjadi mangsa penganiayaan suami yang bekerja sebagai pekerja binaan selepas berumah tangga.

No Image Caption

Kepada ibu bapa, wanita malang itu pernah mengadu tentang sifat cemburu Meraj. Malah Arnima juga dihalang bertemu keluarga sendiri. Malah tempat tinggal wanita itu juga dirahsiakan daripada keluarga.

Sebulan selepas perkahwinan itu, ketika pasangan itu berada di sebuah apartmen di Parramatta Utara yang disewa, Arnima memberitahu rakan bahawa Meraj menghina dan meluahkan rasa kesal mengahwininya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Kali terakhir Arnima berhubung dengan rakannya pada 29 Januari 2022 menyatakan beliau tiada memiliki sesiapa.

Rakannya menjawab: 'Anda tidak mempunyai pilihan. Awak kena tinggal dengannya (Meraj).'

Pada 9.10 malam Arnima menjawab: 'Tidak, saya benci dia.' Itulah hubungan terakhir Arnima dengan sesiapa selain suaminya.

Polis menyusun garis masa dan membuat kesimpulan Arnima dibunuh hanya 45 minit selepas menghantar mesej terakhirnya kepada rakannya.

Sejurus sebelum meninggalkan rumah itu pada 9.55 malam, Meraj membunuh isterinya yang sedang hamil.

No Image Caption

Keesokan harinya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pagi berikutnya menunjukkan Meraj memandu trak ke premis menjual kelengkapan rumah dan membeli 20 liter asid hidroklorik.

Lelaki durjana itu kemudian kembali ke apartmen dan membeli 20 liter asid hidroklorik untuk 'memandikan' mayat Arnima.

Pada petang hari yang sama, Merah kembali ke kedai hardware berkenaan dan membeli 80 liter lagi asid untuk tuangkan ke dalam tab mandi bagi tujuan melupuskan mayat Arnima dan mengaburi perbuatannya kepada umum.

Dia sempat menghubungi ibunya dan mengadu Arnima tidak bernafas tetapi tidak mahu menghubungi ambulans kerana bimbang akan dimasukkan ke dalam penjara.

Setibanya polis di tempat kejadian mendapati mayat Arnima tertiarap dalam keadaan berbogel menghadap bahagian bawah tab mandi.

Ketika itu, Meraj telahpun melarikan diri.

Menerusi siasatan di tempat kejadian, lelaki kejam itu sempat membuat empat carian internet berkisar mengenai hukuman membunuh di Sydney.

Dia bagaimanapun menyerah diri kepada polis pada awal petang berikutnya dan mengakui mahu bertanggungjawab dengan jenayah yang dilakukan.

"'Saya tidak mahu lakukan 20 tahun. Saya seperti anda tahu apa, saya telah melakukan kesilapan. Saya perlu melakukannya," ujarnya.

Lebih memilukan, mayat Arnima tidak dapat dikenali kerana reput dan manakala identitinya hanya disahkan menggunakan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Perantis pembinaan itu dijatuhi hukuman penjara 21 tahun enam bulan.

Hakim Deborah Sweeney menetapkan tempoh tanpa parol lebih pendek yang bermakna MEraj boleh bebas dalam tempoh lebih sedikit daripada 13 tahun.

Bapa Arnima tidak dapat menerima kenyataan hukuman penjara Australia tidak mempunyai hukuman mati tetapi percaya Meraj harus dihukum mati setimpal dengan apa yang dilakukan terhadap anak perempuannya.

"Selepas dia (Arnima) meninggal, setiap hari, setiap malam, saya merinduinya.

"Hati saya hancur tetapi kita tidak boleh berbuat apa-apa.

"Saya kehilangan segala-galanya. Ia amat sukar bagi saya.'

Difahamkan, keluarga Arnima tidak pernah merestui perkahwinan wanita itu. Malah pernikahan mereka pada 13 Oktober 2021 itu diadaakan secara tertutup.

Sumber: Mirror UK, Daily Mail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang