Bahana guna duit 'percuma'
TINDAKAN seorang wanita membelanjakan hampir kesemua duit berjumlah jutaan ringgit yang dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam akaunnya memakan diri apabila ditangkap atas tiga tuduhan.
Kelyn Spadonu, 33, ditangkap di New Orleans, Louisiana pada Rabu lalu atas tuduhan kecurian bernilai lebih dari RM103,300, penipuan bank dan pemindahan wang secara haram.
Dia yang enggan mengembalikan wang itu dan bak menerima durian runtuh apabila membeli rumah dan kereta mewah.
Menurut laporan Nola.com, wang itu milik Charles Schwab, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan besar yang secara tidak sengaja memindahkan $ 1.2 juta (RM4.9 juta) ke akaun perantara pada Februari 2021.
Sedangkan pada awalnya, Charles Schwab hanya ingin memindahkan nilai sebenar ke akaun Spadoni hanya berjumlah 82 dolar (RM338).
Hasil daripada kesilapan pemindahan, syarikat meminta bank untuk mengembalikannya semula.
Namun, permintaan itu ditolak kerana disyaki Spadoni telah memindahkan wang tersebut ke akaun lain.
Baca juga Bayar nazar, letak nama anak syarikat tempat kerja
Setelah ditangkap, Spadoni turut dipecat daripada pekerjaannya.
Polis mengatakan kesilapan berlaku di bahagian kerani yang menyebabkan syarikat perkhidmatan kewangan tersebut memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun Spadoni.
Spadoni juga disaman di mahkamah persekutuan oleh Charles Schwab & Co.
Syarikat itu telah menuduh Spadoni tidak menjawab panggilan, pesanan teks dan e-mel mereka untuk mendapatkan wang itu kembali.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang