Ditinggalkan suami, wanita tertekan hingga jadi pelupa, trauma, tak mandi 3 bulan
KATA orang bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan bertanggungjawab itu rezeki yang patut disyukuri.
Ibaratnya untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Bernasib baiklah jika jodoh yang dikurniakan adalah lelaki budiman yang rela bersusah payah sejak dari awal perkahwinan dan sanggup bertolak ansur menerima kekurangan isteri.
Sementelah jika berkawin pada usia yang muda, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi isteri untuk menyesuaikan diri. Silap memilih pasangan, binasalah diri.
Baca juga: 8 hari nikah, wanita dicerai suami gara-gara pakaian terkena nasi, cara basuh beras berbeza
Tidak dinafikan, kegagalan rumah tangga memberikan impak besar kepada emosi dan mental, seperti yang dilalui wanita muda ini.
Kisah gadis bernama Ica, 20, mengundang hiba apabila dikatakan tertekan setelah ditinggalkan oleh suaminya.
Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Devii Ardilla, Ica telah diceraikan tiga tahun lalu masih trauma hingga menderita amnesia.
“Tiga tidak mandi, tapi wajahnya glowing walaupun tanpa solekan. Semoga bisa sembuh, ingatan kamu pulih kembali. Si amnesia cantik kawal sampai sembuh ya,” titip Devii.
Lebih memilukan, Ica dilihat menangis seperti kanak-kanak apabila tidak dibenarkan keluar ke halaman rumah.
@devii_ardillaa Balas @masghani17 drama pagi ini ngejar² dia, udah lumayan capek keringetan. mash mending ngurus balita sih bisa digendong sekalian? #amnesia#amnesiamemories#odgjcantik#dinaskesehatan#beranda♬ Law Kana Bainanal Habib - Ai Khodijah
Baca juga: Cari jodoh di Twitter, isi Google Form, gadis enggan perkara diperbesarkan
Malah apabila ke halaman rumah, Ica seolah tidak mampu berfikir dan sewenangnya mengambil pucuk ubi, rumput, botol atau apa sahaja objek lalu dimasukkan ke mulut.
@devii_ardillaa Balas @marimarq37 kalo keluar rumah apapun dimakan, masih mending daun singkong, ada rumput, ada botol bekas apapun dia masukin mulut. terima kasih yang udah mau mendo'akan kesembuhan ica #amnesia#dinaskesehatan♬ Allah Allah Aghisna - Nazwa Maulidia
Warga maya simpati dan bimbang melihat kelakuan wanita itu. Rata-rata luluh hati serta mendoakan Ica sembuh.
-“Cantik sangat orangnya, tinggi lampai, kulit pun bersih. Subhanallah.. Syafakillah ye dik. Aaminn Ya Rabbal Aalamin.”
-“Cantiknya kamu,semoga Tuhan sembuhka dan membuka jalan.”
-“Allahuakbar, semoga dikurniakan kesihatan yang baik keatas adik ini. Agar dia dapat memjalankan ibadahnya dengan sempurna, jaga diri baik dik.”
-“Masya-ALLAH dia cantik. Besar ujian kepada dia dan penjaganya. Semoga sentiasa dlm lindungan ALLAH.”
Baca juga: Bercerai dengan isteri gara-gara panas baran, rupanya hidap tumor otak
FAKTA AMNESIA
1-Amnesia ialah keadaan di mana terganggunya daya ingatan. Faktor amnesia boleh berupa organik atau fungsi. Punca organik berupa kerosakan otak, akibat trauma, penyakit atau kegunaan ubat-ubatan (biasanya yang bersifat sedatif) dan pembedahan pemindahan sum-sum tulang belakang.
2-Amnesia boleh berlaku secara spontan.
3-Kesan amnesia ialah pesakit tidak mampu membayangkan masa hadapan dan akan menyebabkan pesakit akan sentiasa terbayang peristiwa yang telah berlaku dan terlupa jika bertemu kembali dengan sesuatu yang terlupa tersebut.
4- Kajian terakhir yang diterbitkan dalam rangkaian Proceedings of the National Academy of Sciences menunjukkan bahawa amnesia dengan kerosakan pada hipokampus membuatkan pesakit tidak dapat membayangkan masa hadapan.
5-Hal ini berlaku kerana apabila seorang yang normal membayangkan masa hadapan. Namun bagi pesakit amnesia, mereka menggunakan pengalaman masa lalu untuk membina senario yang mungkin dihadapi.
Baca juga: Anak bertuah! Bapa pasrah RM20,000 melayang anak didakwa langgar patung Teletubbies hingga pecah
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang