KANAK-kanak aktif, ceria petanda anak bijak dan baik tumbesarannya.

Pun begitu, setiap kali berada di kawasan tertutup seperti kedai atau pusat membeli belah, mungkin ramai ibu bapa anak yang lasak akan menyebabkan merosakkan hiasan atau barang jualan.

Seperti yang terjadi kepada seorang bapa di Hongkong ini. Sebuah kedai permaiann mendakwa anaknya yang berusia lima tahun terlanggar sebuah patung replika Teletubbies  dan menyebabkan dia terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 30,000 yuan (RM19,750)

Baca juga: RM8,000 melayang, anak 2 tahun main telefon ibu, bayar barang dalam ‘shopping cart online’

Lapor laman berita St Headline, patung yang dipamerkan di dalam kedai KK Plus di Mongkok sebenarnya bernilai lebih 50,000 yuan (RM32,919).

Bagaimanapun, menurut kedai berkenaan insiden tersebut sudahpun selesai dan gantirugi berkenaan telah dipersetujui kedua belah pihak.

Patung yang didakwa dilanggar kanak-kanak terbabit adalah prototaip animasi Teletubbies  setinggi 1.8 meter. Ia adalah cetakan pertama yang mana harga rasminya ialah 52,800 yuan (RM34,765). Difahamkan hiasan berkenaan telah dipamerkan di situ sejak 2021.

Insiden terbabit tular dan dikecam ramai sehingga ada yang mengatakan ia sebuah perangkap yang boleh mengundang bahaya kepada pelanggan khususnya kanak-kanak.

Menurut Coconut Hong Kong, dalam satu hantaran di Facebook pada hari Isnin, ibu kanak-kanak lelaki itu menjelaskan insiden yang terjadi.

Katanya, dia dan keluarga melawat kedai mainan Kk Plus di Langham Place pada hari Ahad.

Saya tidak memberi perhatian dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat.

“Saya berpatah balik dan melihat anak patung itu pecah kepala. Perkara pertama yang dikatakan oleh pekerja kedai ialah anak saya menendang anak patung itu,” tulisnya.

Pengguna Facebook itu berkata dia dan suaminya terus membayar ganti rugi. Harga asal ialah 52,800 yuan (RM34,765) tetapi mereka diberi harga diskaun dan hanya perlu membayar 50,000 yuan (RM32,919).

Baca juga: [VIDEO] Anak kecil melompat kegembiraan melihat lori ayah dari jejantas

Dia menambah mereka suami isteri dan anak-anak terkejut.

Mengakui bahawa menjaga anak tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa, ibu berkenaan bagaimanapun tidak berpuas hati kerana kedai itu menuduh anaknya menendang arca itu.

“Saya hanya menyedari bahawa saya telah memarahi anak saya secara salah selepas menerima rakaman video klip (kejadian),” katanya.

Iklan

Dia menambah tidak munasabah patung semahal itu dipamerkan tanpa halangan.

“Tetapi untuk menuduh (anak saya) menendang anak patung itu, ia adalah satu penipuan,” katanya.

Dalam pada itu, suami wanita berkenaan menzahirkan kekesalan dalam temu bual dengan sebuah stesen radio.

Katanya, dia terkilan kerana menyalahkan anak sebelum memahami insiden yang berlaku dan menonton rakaman kejadian.

Difahamkan anaknya masih terkejut sejak hari kejadian dan terpaksa mengambil cuti.

Teletubbies ialah sebuah rancangan televisyen kusus untuk kanak-kanak prasekolah. Ia itayangkan mulai 29 Mac 1997 hingga 10 September 2005.

Kedai permainan itu pada mulanya mengeluarkan kenyataan di Facebook mengatakan isu tersebut telah diselesaikan dengan persetujuan bersama. Namun, selepas dibanjiri komen negatif, hantaran berkenaan dipadamkan.

Iklan

Seorang kakitangan memberitahu pemberita bahawa pihak ibu pejabat telah berkomunikasi dengan ibu bapa dan kanak-kanak terbabit.

Difahamkan syarikat berkenaan mengkaji semula dan menegaskan akan menyediakan persekitaran yang selamat untuk pelanggan membeli-belah termasuk mewujudkan halangan atau perlindungan untuk bahan pameran yang bersaiz besar melebihi satu meter tinggi.

Hasil tinjauan dan penelitian SinarPlus menerusi rakaman video kejadian, kanak-kanak berkenaan tanpa sengaja bersandar pada bahagian belakang patung berkenaan. Ia seterusnya menyebabkan patung berkenaan tumbang dan pecah.

Baca juga: Kanak-kanak Melayu sediakan kek ‘sate’ tarik perhatian juri rancangan masakan terkenal UK

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI