Mimpi ngeri! Pengembara bermotosikal dirogol 7 lelaki, pasangan dipukul di India. 'Kami takkan berhenti tuntut keadilan demi wanita'
PENGEMBARA wanita, Fernanda berdepan pengalaman negeri apabila diperkosa tujuh lelaki ketika melawat sebuah daerah di negeri Jharkand, India yang merupakan sebuah destinasi pelancongan terkenal.
Dalam satu video yang dikongsikan semula di X, Fernanda dan pasangannya, Vincente menceritakan detik-detik kejadian hitam itu berlaku.
Wanita itu mendakwa telah dirogol beramai-ramai oleh tujuh orang lelaki.
"Mereka memukul kami. Mereka meletakkan pisau di leher dan memberitahu akan membunuh saya.
"Fernanda telah dinoda. Tujuh orang daripada mereka. Tujuh lelaki anak haram,” kata Vincente dalam nada sebak.
Menerusi kenyataan mereka kepada media Sepanyol, The Publica, pasangan itu difahamkan dalam perjalanan ke Nepal melalui Bhagalpur tetapi singgah di Dumka untuk berehat dan mendirikan khemah berhampiran pasar Hansdiha selepas gagal mencari hotel berdekatan.
Pun begitu, setelah tertidur, kira-kira jam 11 malam waktu tempatan, tujuh orang lelaki didakwa telah menceroboh masuk ke dalam khemah dan menyerang.
Memetik Reuters, Fernanda yang memiliki kerakyatan Brazil dan Sepanyol menceritakan kejadian itu berlangsung dalam jangka masa lama.
"Mereka memperkosa saya bergilir-gilir dan dalam masa yang sama ada yang menyaksikannya sahaja.
"Keadaan kekal seperti itu selama kira-kira dua jam," katanya.
Susulan kejadian, mereka ke hospital bersama pihak polis dan pasangan itu juga dibenarkan untuk tidur di hospital.
Dalam perkembangan berkaitan, tiga suspek telah ditahan polis selepas suspek pertama yang ditahan telah memberikan nama mereka yang terlibat.
Kini, empat lagi pelaku sedang diburu.
Dalam video baharu, Vicente dan Fernanda yang muncul dengan lebam pada mukanya mengucapkan terima kasih kepada pengikut mereka atas sokongan.
Ujar Fernanda, beliau menerima pelbagai reaksi daripada warganet dan menjelaskan kejadian seumpama itu pertama berlaku dalam penjelajahan bermotosikal di 66 buah negara.
"Kami berkongsi perkara ini kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, sama ada kepada anak perempuan, kakak, ibu anda di mana-mana negara di seluruh dunia.
"Tiada siapa yang bebas, ini telah berlaku berkali-kali di Sepanyol, Brazil dan Amerika. Jadi jangan kami bercakap kosong kerana kami berada di India.
"Ia boleh berlaku kepada mana-mana pengembara, sesiapa sahaja," katanya di IG Story.
Baca juga: Gadis diperkosa ketika menjalani rawatan tuberkulosis di ICU
Fernanda dalam masa yang sama berkata pernah menjelajah ke negara-negara yang dianggap berbahaya namun tiada apa yang berlaku.
"Kami telah berkhemah di 66 negara, Iran, Afghanistan, Pakistan.
"Kami pernah ke banyak negara yang dianggap 'berbahaya' namun tidak pernah mengalami sebarang masalah kecuali pernah sekali dirompak di Barcelona, Sepanyol.
"Kami berdua boleh meninggalkan barang-barang di atas motosikal dan keluar makan namun tiada sesiapa menyentuh apa-apa," ulas Vincente.
Pasangan itu bertegas tidak akan berhenti menuntut keadilan atas apa yang berlaku demi maruah kaum wanita.
"Kami meminta keadilan, bukan sahaja untuk kami tetapi juga untuk semua wanita dan gadis lain."Kami tidak akan berhenti atau bersembunyi di rumah dalam ketakutan kerana 'sampah' ini," ujarnya menerusi akaun Instagram vueltaalmundoenmoto.
Fernanda dan Vincente yang juga duta jenama KLIM Motorcycles mempunyai lebih 240,000 followers di Instagram.
Memulakan kembara bermotosikal sejak 2017, pasangan itu memuat naik video dan gambar sepanjang perjalanan mereka di merata lokasi.
Sumber: Reuters, vueltaalmundoenmoto
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang