SEORANG gadis di India dilaporkan diperkosa oleh pegawai hospital ketika menjalani rawatan tuberkulosis.

Menurut Tribunnews memetik Daily Mail, mangsa yang berusia 21 tahun telah dirawat selama beberapa hari di Hospital Fortis di Bandar Gurugram, India.

Dia disyaki diserang secara seksual semasa berada dalam keadaan separuh sedar dan menggunakan ventilator.

Namun pada hari Selasa, 27 Oktober lalu, pesakit dilaporkan sedar sepenuhnya dan memberitahu ayahnya apa yang berlaku melalui catatan tulisan tangan.

Bapa gadis itu tampil tidak berpuas hati dengan pengurusan hospital bagaimana pekerja lelaki boleh ditinggalkan sendirian untuk menjaga anak perempuannya.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Sedihnya! Baru tiga hari bernikah, suami meninggal dunia

Katanya, anak perempuannya diperkosa ketika berada di hospital dan itu adalah pelanggaran keselamatan pesakit.

Sementara itu, menurut Hindustan Times, Asisten Komisioner Polis, Usha Kindu berkata pihaknya telah mengenal pasti suspek tetapi belum dapat menangkapnya setakat ini.

Iklan

Pada masa ini, mangsa masih menjalani rawatan di hospital, polis mengatakan keluarganya mengesyaki kejadian itu berlaku antara waktu dia dirawat pada 21 Oktober hingga 26 Oktober
lalu.

Menurut polis, mangsa pada mulanya dibawa ke hospital setelah mengadu sesak nafas.

Iklan

“Ketika kejadian itu berlaku, mangsa menjalani rawatan TB di bilik pengasingan ICU bersendirian.

“Bapa mangsa melawat gadis itu pada hari Selasa dan dia menyampaikan apa yang berlaku kepadanya melalui catatan yang ditulisnya,” jelasnya.

Kindu mengatakan, mangsa menyebut nama Vikas kepada ayahnya, sehingga polis dapat mengenal pasti suspek.

“Hospital turut melakukan penyelidikan internal dan kami diberitahu oleh anggota keluarga. Kami telah mengenal pasti suspek tetapi belum menangkapnya.

“Polis juga telah menerima rakaman CCTV dan menyoal beberapa kakitangan hospital dalam siasatan mereka.

“Didapati bahawa suspek (pekerja) adalah orang luar dan bukan kakitangan perubatan. Kami sedang mengesahkan semua perincian sebelum menangkap suspek,” katanya.