Sayunya, isteri sarat mengandung maut dilanggar pemandu mabuk, lelaki ini rakam kenangan semula selepas setahun
BUKAN mudah untuk berdepan dugaan kehilangan isteri tersayang, lebih-lebih lagi jika sedang sarat mengandungkan anak sulung.
Bercerita soal itu, pada era Covid-19 ini, kita seringkali mendengar dan membaca di platform media sosial mengenai ibu mengandung yang meninggal dunia akibat virus berbahaya itu.
Dalam satu keadaan lain, terdapat laporan yang menyedihkan apabila ibu yang sarat hamil menjadi mangsa pemandu mabuk.
Tragedi tersebut bukan sahaja berlaku di negara kita, malah di tempat-tempat turut berlaku kejadian serupa.
Pada Ogos tahun lalu, di Anaheim, California, Amerika Syarikat, nbclosangeles.com melaporkan seorang wanita yang sarat hamil lapan bulan maut selepas dilanggar seorang pemandu mabuk.
Mangsa, Yenesia Aguilar yang ketika itu berusia 23 tahun maut dirempuh sebuah kenderaan ketika sedang beriadah bersama suaminya, James Alvarez.
Wanita malang itu mengalami kecederaan teruk.
Sedihnya, si ibu tidak dapat diselamatkan disebabkan pelbagai komplikasi, namun menjadi satu keajaiban apabila bayi comelnya, Adalyn berjaya diselamatkan.
Meskipun si kecil itu tidak sempat merasai kasih sayang ibunya, namun beliau menjadi penyambung kasih ayahnya.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sedih memang sedih. Namun, Alvarez yang menjadi tulang belakang perlu kuat dan meneruskan sisa hidup demi anak tersayang.
Demi mengembalikan memori bersama isteri tersayang, lelaki itu berkongsi momen sambutan hari jadi anaknya di lokasi kejadian dengan foto-foto yang menjentik perasaan warganet.
Perkongsian @muaannouncer_ di platform Instagram membuatkan ramai terharu. Tidak kurang juga memberikan sokongan kepada bapa tunggal itu untuk terus hidup demi anaknya.
Rata-rata pengguna Instagram mengakui, kehilangan itu cukup berat untuk ditanggung.
Jika berlaku tragedi seperti itu, ramai sebenarnya tidak kuat dan hanya mampu menangis.
Ramai juga yang berkongsi ucapan selamat ulang tahun buat Adalyn yang comel.
Tidak kurang juga ramai yang memuji kesungguhan si ayah menggembirakan anaknya meskipun tanpa isteri tersayang.
Kuat semangat Alvarez. Inilah dinamakan semangat fatherhood.
Buat golongan bapa di luar sana yang kehilangan isteri tersayang akibat tragedi mahupun wabak, jangan terlalu bersedih.
Satu hari nanti, kita pasti akan menemani mereka di alam abadi. #kitalaluibersama #kitajagakita
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang