Sedihnya, emak sanggup humban anak ke sungai gara-gara stres bergaduh dengan mertua

A
A
A

BAYANGKAN seorang emak sanggup menghumban anak yang masih kecil ke sungai gara-gara stres selepas bergaduh dengan mertua.

Lapor Tribun News, wanita berusia 21 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tak berperikemanusiaan tersebut di kepulauan Sumbawa, Indonesia.

Merujuk kenyataan pihak berkuasa, berlaku pertengkaran antara suspek dengan ibu mertua sebelum dia keluar rumah dengan keadaan marah.

Pergaduhan mulut itu berpunca selepas ibu muda tersebut dikatakan sedang menyusukan anaknya, didatangi ibu mertua yang marah kerana dia tidak memasak.

 

Berang dengan sikap orang tua tersebut, suspek kemudian keluar menunggang motosikal sambil membawa anaknya bersama pisau pemotong.

Nak dijadikan cerita, wanita itu tanpa sebarang perasaan mengelar leher dan tangan kiri anaknya sebelum dicampak ke dalam sungai.

emak humban anak

Tak lama selepas itu, suspek bersembunyi di ladang jagung kira-kira 3 kilometer dari tempat kejadian.

Baca juga Balas dendam terhadap suami, ibu buang anak dari jambatan

Lebih memeranjatkan, suspek kemudian pulang ke rumah pada keesokan harinya dan memberitahu perbuatannya kepada suami.

Terkejut dengan berita itu, suami suspek kemudiannya membuat laporan polis.

emak humban anak

Selepas penahanan wanita itu, dia dibawa ke lokasi kejadian untuk mencari jasad anaknya.

Tak pandai merangkak

Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek membunuh anaknya kerana kesal perkembangan zuriatnya tidak sama seperti budak-budak lain.

Mangsa dikatakan masih tidak pandai merangkak meskipun sudah berusia sembilan bulan.

emak humban anak

Bukan itu sahaja, suspek dikatakan pernah mengalami kemurungan sebelum berkahwin, namum sudah pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun penyakit itu dikatakan kembali menyerang selepas melahirkan anak.

Baca juga Kejamnya, kanak-kanak OKU maut di tangan ‘boyfriend’ ibu, disumbat dalam guni, buang dalam semak

Masalah depresi suspek dikatakan semakin teruk apabila berdepan dengan ejekan jiran tetangga berkaitan anaknya.

emak humban anak

Barangkali masalah dengan mertua ditambah dengan campur tangan orang luar menjadikan wanita itu terus tertekan.

Apa yang menyedihkan, dalam hal ini anak yang tak berdosa menjadi mangsa.

emak humban anak

Moga insiden yang berlaku memberi iktibar buat kita semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang