'Selamatkan Fawaz Al-Qatifan' - Simpati selamatkan kanak-kanak Syria diculik, diseksa
SABTU lalu, seluruh dunia meratapi pemergian anak kecil berusia lima tahun bernama Rayan yang terperangkap selepas terjatuh ke dalam sebuah telaga sedalam 32 meter (104 kaki) sejak Selasa lalu.
Tragedi yang berlaku di perkampungan Ighran di Wilayah Chefchaouen, Maghribi menjadi tular di pelbagai platform media sosial.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Setelah itu, kini satu lagi insiden libatkan anak kecil turut tular di media sosial iaitu penculikan seorang kanak-kanak Syria bernama Fawaz al-Qatifan.
Kisah tersebut turut mencuri perhatian ramai pihak selepas tersebarnya sebuah video yang menunjukkan Fawaz dipukul dan dimalukan oleh penculik sebagai pertukaran wang tebusan. Sangat kejam!
Fawaz berasal dari perkampungan Ibtaa di kawasan pedalaman Syria di Daraa.
Sebuah video telah disebarkan oleh Syrian Observatory for Human Rights, menunjukkan dia dipukul dengan dahsyat dan kejam.
Pengikut di media sosial menyebarkan hashtag #Save_the_Child_Fawaz_Qetaifan dan hashtag #Save_Abta_Child di beberapa negara Arab, dalam usaha untuk membebaskan dan menyelamatkannya.
Fawaz berusia lapan tahun berkenatan telah diculik oleh kumpulan samseng sejak empat bulan lalu ketika pulang dari sekolah, namun video penyeksaannya baru sahaja disebarkan oleh penculiknya pada Khamis lalu.
Menurut media, kawasan luar bandar Daraa mempunyai masalah keselamatan. Oleh itu, masyarakat di sana berdepan masalah kecurian, penculikan dan pemerasan.
Kes Fawaz mendapat perhatian setelah kes Rayan tular di seluruh dunia.
Baca juga Kecederaan otak, paru-paru, tulang patah punca kematian Rayan, berikut kronologi operasi menyelamat
Seorang peniaga di Daraa, merayu kepada semua pihak agar Fawaz dapat diselamatkan daripada penculik.
Peniaga tersebut turut berharap orang ramai akan memberi sepenuh perhatian dan usaha untuk membantu kes Fawaz ini sama seperti kes Rayan.
Ujar peniaga itu lagi, kumpulan penculik turut memeras ugut saudara-mara kanak-kanak tersebut bagi mendapatkan wang sebagai ganti pembebasannya.
Catatan di Facebook mendedahkan bahawa jumlah yang diperlukan ialah 500 juta pound Syria.
Dalam pada itu, pelakon Syria, Abdul Hakim Qetaifan, mengumumkan kepimpinannya untuk membantu keluarga mangsa mengumpul wang tersebut.
Menurut Qetaifan, keluarga Fawaz memutuskan untuk mengumpul 500 juta pound tersebut asalkan anak mereka dibebaskan dengan selamat.
Jelasnya lagi, dia tidak menyangka ramai individu yang bermurah hati untuk membantunya dan keluarga Fawaz bagi mengumpul wang tersebut.
Pada masa yang sama, Qetaifan mengingatkan kepada semua pihak agar jangan mengambil kesempatan terhadap kes Fawaz ini.
"Dalam beberapa jam akan datang, saya yakin isu ini akan diselesaikan dan Fawaz akan dibebaskan."Saya berharap kejadian kanak-kanak yang diculik ini tidak menjadi alasan bagi sesetengah pihak untuk mengutip derma," ujarnya.
Sementara itu, tanda pagar #SaveFawaz turut trending di Twitter. Ramai warga maya mendoakan Fawaz selamat dan akan dibebaskan segera.
Source: The Globe Echo
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang