Teknologi cetakan 3D, rumah teres hanya dibina 12 jam, ini projek pertama jadi sebutan

A
A
A

PERCAYA atau tidak, sebuah rumah dengan kapasiti tiga bilik tidur dan dua bilik air boleh dibina dalam tempoh 12 jam sahaja!

Binaannya bukan biasa-biasa kerana projek yang dibina menggunakan teknologi cetakan 3D itu adalah yang pertama di Williamsburg, Virginia, Amerika Syarikat.

Masakan tidak, projek kediaman yang diusahakan organisasi bukan berasaskan keuntungan, Habitat for Humanity berkenaan boleh dibina dalam tempoh yang sangat cepat.

Lapor cnn.com, konkrit yang diguna pakai mampu mengekal suhu dan menahan bencana alam seperti taufan dan puting beliung.

Teknologi cetakan 3D rumah teres hanya dibina 12 jam

Menariknya lagi, penyerahan rumah 3D pertama adalah milik pembeli yang juga seorang ibu tunggal, April Stringfield.

Usaha kerasnya yang melobi rumah tersebut berbaloi, sekali gus merealisasikan impiannya untuk memiliki rumah sendiri dan sempena sambutan Krismas bersama anak lelakinya.

Stringfield sebenarnya antara peserta bertuah yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah untuk menyertai projek tersebut.

Teknologi cetakan 3D rumah teres hanya dibina 12 jam

"Kami sangat bersyukur kerana hasrat untuk memiliki kediaman sendiri tercapai. Semua ini bagaikan mimpi menjadi kenyataan.

"Kami juga teruja untuk mencipta kenangan baharu di Williamsburg dan mempunyai tempat tinggal yang boleh dipanggil rumah sendiri," katanya memetik laporan tersebut.

Baca juga Sanggup bunuh anak tiri gara-gara marahkan suami enggan pindah rumah, ini kronologi kes

Selain memiliki halaman yang luas, keluasan rumah 1,200 meter persegi itu juga dijual pada harga mampu milik.

Sebagai tambah nilai, pencetak 3D peribadi disediakan untuk membolehkan wanita itu mencetak semula perkakas atau barang yang diperlukan.

Teknologi cetakan 3D rumah teres hanya dibina 12 jam

Tidak kira sama ada soket elektrik hingga ke tombol kabinet sekali pun, pencetak 3D itu mampu melakukannya. Hebat bukan?

Memetik laporan CNN lagi, Ketua Pegawai Eksekutif Habitat for Humanity Peninsula and Greater Williamsburg, Janet V Green berkata, projek itu akan diteruskan lagi.

Baca juga Bagi rumah, elaun bulanan termasuk hadiah wang RM16,000 pun, budak-budak muda Jepun tetap berdegil tak mahu pindah...

"Projek yang berkolaboratif bersama syarikat cetakan 3D, Alquist itu mampu dibina empat minggu lebih awal dari tempoh pembinaan rumah biasa.

"Kami berbesar hati untuk membina lebih banyak rumah dengan teknologi canggih ini kerana memberikan lebih penjimatan jangka masa panjang kepada pembeli," katanya.

Teknologi cetakan 3D rumah teres hanya dibina 12 jam

Melihat teknologi cetakan 3D yang diguna pakai, penulis membayangkan rumah projek kos rendah yang boleh dibina dengan cepat di dalam negara.

Jika struktur rumah boleh dibina dalam tempoh 12 jam sahaja, bayangkan berapa rumah boleh dibina dalam tempoh sebulan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Apapun masalah yang dihadapi kebanyakan pembeli adalah kekangan wang ringgit kerana harga rumah sejak kebelakangan ini melambung naik.

Jika mahu membeli rumah bantuan kerajaan sekali pun, senarai pemohon terlalu ramai dan ramai yang putus asa. #kitajagakita #kitalaluibersama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang