'7 jam di sisi keranda anak, bila pandang menitis air mata.' Perkongsian bapa Konstabel Ahmad Azza Fahmi meruntun hati
JENAZAH Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh dekat Bidor, pada Sabtu.
Ketika ditemui pihak media, bapa Allahyarham, Azhar Khaiden memberitahu, sepanjang tujuh jam bersama keranda arwah cukup meruntun hatinya.
"Di hospital saya rasa boleh kuat, tak menangis dan boleh senyum, tetapi hari ini suasananya berbeza.
"Sepanjang perjalanan dari Johor Bahru ke Kampung Poh yang memakan masa lebih kurang tujuh jam. Saya berada di sisi keranda jenazah anak.
"Jadi sekali sekala bila pandang, menitis air mata. Apabila sampai di rumah, saya mengimamkan solat jenazahnya lagi tak boleh tahan.
"Hari ini, petang ini sepatutnya saya baca tahlil, saya serahkan pada imam. Takut tak boleh baca.
"Sebab apa? Hati sudah tersentuh. Sebelum ini boleh nampak, sekarang sudah hilang dari pandangan mata.
Baca lagi 4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara
"Itulah yang di alami, takdir yang berlaku pada diri saya. Yang pernah alami, lebih memahami dan yang tak mengalami takkan rasa," ujarnya lagi.
Sekadar makluman, pengebumian anggota berusia 22 tahun itu dilaksanakan penuh adat istiadat polis dengan dihadiri lebih 500 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara dan rakan sejawat.
Kenderaan membawa jenazah Allahyarham yang bergerak pada jam 11.50 pagi dari Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor tiba di rumah keluarganya di Kampung Poh Tambahan jam 5.55 petang dengan diiringi kereta polis.
Baca lagi KPN lawat Mohd Hasif tanda sokongan moral, mangsa serangan di Balai Polis Ulu Tiram kini stabil
Ketibaan jenazah di kediaman keluarganya disambut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang