Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

A
A
A

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan!

Serangan yang berlaku pada jam 2.30 pagi itu mengakibatkan dua anggota polis iaitu Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said terkorban.

Manakala seorang pegawai berpangkat koperal cedera parah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam sidang media berkata motif serangan adalah bagi merampas senjata api. Bagaimanapun perkara itu masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan takziah keluarga anggota yang terkorban dan pihaknya akan menumpukan kebajikan mereka yang terlibat.

Baca juga: ‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

Baca juga: ‘7 jam di sisi keranda anak, bila pandang menitis air mata.’ Perkongsian bapa Konstabel Ahmad Azza Fahmi meruntun hati

Baca juga: 4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

Menurutnya, dua anggota polis yang meninggal dunia merupakan anggota ronda cegah jenayah di balai polis tersebut dan baru sahaja berkhidmat dengan pasukan lebih kurang dua tahun dan masing-masing berasal dari Kuantan, Pahang serta Bidor, Perak.

Berikut adalah kronologi insiden berkenaan yang menyayat hati:

1-Anggota polis yang bertugas di pusat kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bersama seorang rakan setugas telah menerima panggilan kecemasan MERS999 jam 2.54 pagi.

2-Panggilan daripada seorang lelaki warga tempatan itu menyatakan anggota polis dipukul di Balai Polis Ulu Tiram.

3-Insiden berkenaan melibatkan seorang suspek yang berumur 21 tahun yang mana telah ditembak mati.

Baca juga: Tidak sempat bawa keluarga bercuti, nukilan kakak Konstabel Ahmad Azza Fahmi runtun hati ramai. ';Ami, terima kasih jadi anak yang baik'

Baca juga: 72 tahun tragedi Bukit Kepong, imbas kembali perjuangan wira-wira negara menentang komunis

4-Kejadian berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi, selepas balai dikunjungi dua individu lelaki dan perempuan untuk meminta pandangan selepas dicabul dua tahun lalu.

5-Individu lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 22 tahun dan 20 tahun mendakwa diri mereka sebagai pelajar institusi pengajian tinggi di Ulu Tiram.

6-Semasa mereka membuat laporan, suspek yang menunggang motosikal telah memasuki kawasan balai berkenaan dan memarkir kenderaan di kawasan belakang premis berkenaan.

7-Seorang anggota yang meninjau kehadiran suspek di lokasi berkenaan telah ditetak manakala senjata apinya telah dirampas.

8-Dalam masa yang sama, ketika anggota lain mencari suspek, dua orang anggota Cawangan Pencegahan Jenayah baharu pulang ke balai dengan kenderaan.

Baca juga:'Terima kasih akak polis.' Warganet sebak Lans Koperal Siti Sarah mandikan anak tahanan autisme, sayu terbayang zuriat sendiri

Baca juga: ‘Terbaik abang polis.’ polis trafik kendong warga emas pengsan tepi jalan, warganet tersentuh

9-Situasi itu kemudian dimaklumkan dan berlaku tembak menembak.

10-Dalam kejadian itu, salah seorang daripada anggota telah ditembak pada bahagian pipi hingga menembusi kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

11-Manakala salah seorang daripada anggota telah menembak suspek.

12-Menurut Razarudin, suspek yang berusia 22 tahun yang merupakan anak kepada Jemaah Islamiyah (JI) di Ulu Tiram dan merampas sepucuk pistol jenis Walther P99 serta selaras HK MP5 daripadanya.

13-Susulan itu, tangkapan telah dibuat ke atas dua pengadu memandangkan perilaku yang mencurigakan.

"Kalau kejadian dua tahun lalu datang pukul 2 pagi untuk meminta pendapat daripada polis, macam tak logik. Kami ingin menyiasat hal ini.' - Razarudin.

14-Selain itu, pihak polis telah menyerbu kediaman suspek dan mengesyaki mereka adalah ahli JI. Lima ahli keluarga suspek yang berumur 19 tahun hingga 62 tahun telah ditahan.

15-Polis juga mendapati suspek terdahulu telah membuat persediaan untuk bertempur dengan polis setelah mendapati beg milik lelaki itu yang diisi zink, kertas dan kain dan berfungsi sebagai pelindung.

16-Polis mengesyaki serangan berkenaan bertujuan mendapatkan senjata api untuk agenda yang tidak dapat dipastikan buat masa ini.

17-Razarudin telah mengarahkan pihak Cawangan Khas PDRM untuk mengenal pasti dan memanggil lebih 20 anggota JI di Johor untuk siasatan.

18-Beliau juga mengesahkan kawasan kejadian tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan akan mempertingkatkan keperluan pencahayaan.

"Susulan kejadian, kawalan keselamatan akan dipertingkatkan dengan menambah jumlah anggota balai polis. Pihaknya juga dan memaklumkan kepada kerajaan negeri dan pihak istana dalam usaha meningkatkan kawalan."

Razarudin sempat menyampaikan pesanan kepada anggotanya untuk meningkatkan kewaspadaan ketika berhadapan dengan penjenayah biarpun masing-masing sudah terlatih.

Media terdahulu melaporkan balai polis berkenaan diserang seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap dengan bersenjatakan parang.

Dua anggota polis gugur dalam insiden berkenaan dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza Fahmi dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad.

Selain itu, seorang pegawai berpangkat koperal turut ditembak dan kini menerima rawatan di sebuah hospital.

Baca juga: Wanita mangsa keganasan jangan takut, laporan polis boleh buat di mana sahaja seluruh Malaysia

Sumber: Facebook

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca